Suspek kes bunuh ditembak mati selepas cuba serang polis guna parang

Dari Penulis

SEORANG suspek kes pembunuhan kejam telah ditembak mati selepas cuba menyerang polis ketika melakukan satu serbuan di sebuah rumah flat dekat Bukit Subang Shah Alam, 5.30 petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita Indonesia berusia 19 tahun yang ditemui maut dengan kesan lapan tikaman di badan.

“Semasa serbuan, suspek warga Indonesia berusia 20-an itu telah bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang.

“Polis telah melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat seorang wanita Indonesia berusia 19 tahun yang ditemui maut dengan kesan lapan tikaman di badan.

Jelasnya, suspek telah disahkan maut di tempat kejadian dan sebilah parang berukuran 28 sentimeter turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Muhammad Abdul Hafiz Sariee di talian 014-8905051.

UtusanTV sebelum ini melaporkan mayat seorang wanita ditemui di tepi tangga sebuah pangsapuri dekat Desa Mentari, Sungai Way, akibat mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di leher, dada dan kedua belah tangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This