Konsert UK’SLAM Musical: Kembalikan nostalgia 5,000 peminat di Stadium Malawati

Dari Penulis

KONSERT legenda pop rock anjuran Bombay Legend Worldwide bersama Amir UKS Entertainment, yang berjudul “Concert UK’SLAM Musical” berlangsung pada 3 Febuaribertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Konsert yang berdurasi tiga jam setengah itu menghimpunkan seramai 5,000 peminat dan menjadi sejarah dalam industri muzik tanah air apabila mengabungkan dua kumpulan legenda Pop Rock iaitu UK’s dan SLAM di atas satu pentas.

UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Toni (gitar), Mohamad Saleh Mohd Alias (bass), Amiruddin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan UK’s. 

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Abdul Halim @ Shah (gitar), Zamani Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Ahmad (keyboard), Nor Azli Masrani (bass) dan Othman Khalid (drum). 

Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melalui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama.

Konsert Musikal UK’SLAM yang bermula tepat jam 8.45 malam itu terlebih dahulu disajikan dengan ‘opening’ dari kumpulan UK’s yang mana mempersembahkan lagu Rhythm Si Jantung Hati.

Antara seleksi lagu-lagu dipersembahkan oleh UK’s ialah Untuk Apa, Cintaku, Kekasih di Menara, Rondo Cinta Buta, Kau Satu-Satunya, Pahit Akan Manis Akhirnya, Satu Lilin Sehening Malam, Di Luar Kemampuanku dan Kembali Mencari. Peminat yang hadir rata-ratanya sudah cukup bersedia dengan seleksi lagu-lagu yang mana sentiasa meniti di bibir.

Usai persembahan UK’s, ruang konsert kemudiannya bergema dengan lagu Kembali Merindu oleh SLAM di mana peminat seolah ‘dirasuk’ apabila Zamani muncul di pentas.

Antara seleksi lagu-lagu kumpulan SLAM adalah seperti Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Kurnia, Entah Mengapa, Rayuan di Puncak Genting dan Maria Mariana

Peminat bahkan ‘disajikan’ dengan ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik dengan susunan irama akustik bagi mencapai harmoni bagi kedua dua buah kumpulan ini. Lagu yang menjadi irama akustik ialah Jika Kau Rasa Gentarnya, Seksa, Nur Kasih, ‘medley’ Sebak dan Manisnya Rindu.

Selepas berakustik, UK’Slam turut membawa persembahan yang lebih bertenaga dan energetik menerusi segmen elektrik. Lagu yang didendangkan antara lagu yang “all time favourite” iaitu Buat Seorang Kekasih, Siapa Yang Rampas Cintaku, Kembali Terjalin, Bila Diri Disayangi, Gerimis Mengundang, dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This