ABM guna khidmat bekas pemain Indonesia jadi rakan sepelatih Pearly-Thinaah

Dari Penulis


AKADEMI Badminton Malaysia (ABM) membawa masuk dua bekas pemain kebangsaan Indonesia, Ade Yusuf Santoso, 30, dan Gerardo Rizqullah Hafidz, 21, untuk dijadikan rakan sepelatih buat beregu wanita negara, Pearly Tan- M.Thinaah sebagai persediaan menghadapi kelayakan Olimpik Paris 2024.

Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky berkata perbincangan untuk mengambil kedua-dua bekas pemain berkenan sebenarnya sudah lama dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi meningkatkan lagi prestasi beregu negara itu.

Katanya, Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah sudah memulakan tugas mereka pada Isnin lalu sehingga awal bulan Mac ini sebelum dua lagi bekas pemain Indonesia diambil bagi menggantikan tempat mereka.

“Saya bukan tidak mahu mereka berlatih dengan beregu wanita yang lain kerana seperti media tahu, jurang antara Pearly-Thinaah dan pemain-pemain lain itu jauh.  

“Malah kita juga tidak mahu guna pemain pelapis atau remaja seperti mana yang dilakukan sebelum ini untuk menjadikan rakan sepelatih Pearly-Thinaah sebab mereka juga ada tugas masing-masing yang memerlukan mereka untuk fokus.

BERITA BERKAITAN Kecederaan ragut impian Pearly-Thinaah raih Terbuka Hong Kong 2023

“Jadi saya berikan satu idea untuk bawabekas pemain Indonesia untuk jadi rakan sepelatih dan mereka ini juga umur masih okay cumanya mereka tidak lagi bersama skuad kebangsaan.

“Jadi mereka telah bersetuju untuk jadi rakan sepelatih dan harap kita boleh menaikkan lagi prestasi Pearly dan Thinaah,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di ABM Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Rexy ketika ditanya berkenaan persiapan skuad negara menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang akan membuka tirainya 13-18 Feb ini, beliau berkata kesemua pemain sudah melaporkan diri bagi menyertai kem latihan di ABM kecuali pemain perseorangan profesional Lee Zii Jia.

Katanya, satu perlawanan simulasi secara tertutup antara pemain-pemain kebangsaan dan pemain yang beraksi di BATC akan dijalankan di ABM pada minggu ini sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This