Panas! Anak Norman Hakim & Abby Abadi nikah di Songkhla tanpa pengetahuan keluarga?

Dari Penulis

KECOH di media sosial apabila anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 19, didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya, Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Sebelum ini nama Marissa ‘panas’ selepas dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai.

Bagaimanapun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Difahamkan, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.

Malah, mereka bernikah ketika isteri pertama Aslam sedang menunaikan umrah.

Terdahulu, pada September tahun lalu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan anak perempuan kepada Abby dan bekas suaminya yang juga pelakon popular, Norman Hakim itu.

Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

Cubaan URTV menghubungi Norman dan Abby bagi mendapatkan kenyataan bagimanapun tidak berhasil selepas mereka tidak membalas kiriman WhatsApp dan panggilan telefon.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This