Kelebihan penutup surah al-Baqarah, hadiah Allah S.W.T. untuk Rasulullah s.a.w. ketika Israk Mikraj

Dari Penulis

Israk Mikraj adalah antara mukjizat terbesar yang Allah S.W.T. anugerahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Anugerah ini amat penting sehinggalah satu surah dalam al-Quran dinamakan dengan nama surah al-Isra. Sewaktu pertemuan Baginda s.a.w. dengan Allah S.W.T. di Sidratul Muntaha, Baginda telah dikurniakan dengan 3 hadiah yang besar sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya,

“(Pada waktu mikraj) Nabi s.a.w. telah diberi 3 hadiah iaitu solat lima waktu, akhir surah al-Baqarah dan keampunan bagi umatnya yang sedikit pun tidak menyekutukan Allah S.W.T.”

Dan sewaktu Baginda s.a.w. dan malaikat Jibril turun ke bumi, mereka telah dipertemukan pula dengan satu malaikat istimewa yang tidak pernah turun ke bumi dan menegur mereka berdua. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata,

“Semasa Jibril duduk di samping Nabi s.a.w. terdengar suara dari atas mereka. Maka (Jibril pun) mengangkat kepalanya dan berkata, “Itu adalah sebuah pintu di langit yang baru dibuka pada hari ini dan belum pernah dibukakan kecuali pada hari ini.”

Lalu turunlah satu malaikat, maka (Jibril pun) berkata lagi, “Ini adalah malaikat yang diturunkan ke bumi dan belum pernah sekalipun diturunkan kecuali pada hari ini. Malaikat tersebut pun mengucapkan salam dan berkata, “Bergembiralah (wahai Muhammad) dengan dua cahaya yang diberikan kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu iaitu surah al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah. Tidak seorang pun yang membacanya melainkan setiap hurufnya akan diberikan padanya (cahayanya)”

Ayat khas untuk Baginda s.a.w.

Ayat penutup dalam surah al-Baqarah juga merupakan ayat yang khas diturunkan untuk Baginda s.a.w. Diriwayatkan dari Hudzaifah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Kita lebih utama dari semua manusia dengan tiga perkara, barisan kami dijadikan seperti barisan para malaikat, seluruh bumi dijadikan sebagai masjid (tempat sujud) bagi kita, debunya dijadikan suci bagi kita dan kepadaku diberikan ayat penutup surah al-Baqarah yang merupakan perbendaharaan Arasy yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak akan diberikan kepada sesiapa pun selepasku”    

Adapun penutup daripada surah ini sekiranya dibaca di dalam rumah selama tiga malam, maka syaitan tidak akan mendekatinya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Nu’man ibn Basyir r.a. beliau berkata bahawa Baginda s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya Allah menuliskan al-Quran dua ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Lalu Dia menurunkan darinya dua ayat penutup surah al-Baqarah yang jika dibaca di dalam satu rumah selama tiga hari maka syaitan tidak akan dapat mendekatinya”

Manakala dalam hadis yang lain turut menyatakan bahawa syaitan tidak akan masuk rumah yang dibacakan didalamnya penutup surah al-Baqarah dan ayat Kursi. Diriwayatkan dari Abu Aswad al-Duwali beliau berkata,

“Aku berkata kepada Muaz, “Beritahulah kepadaku tentang kisah syaitan manakala kamu menangkapnya” lalu dia pun menyebutkan hadis tersebut dan di dalamnya terdapat kalimah, “Walau bagaimanapun buktinya adalah hendaklah salah seorang kamu tidak membaca ayat kursi dan akhir surah la-Baqarah, tentu salah seorang dari kami akan dapat memasuki rumahnya pada malam itu”.

Selain itu bagi sesiapa yang membacanya satu malam dua ayat ini maka itu cukup baginya. Diriwayatkan dari Abu Masu’d beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dalam surah al-Baqarah pada waktu malam maka itu sudah cukup baginya” Wallahu a’lam

____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This