“PERBETULKAN yang biasa, biasakan yang betul.” Itu pesanan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain selepas melakukan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, semalam.
Tinjauan itu kali kedua dalam tempoh dua hari dilakukan Razarudin selepas mengadakan lawatan ke IPD Kajang, Selangor, kelmarin.
Dalam video dimuat naik ke akaun TikTok rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), lawatan mengejut itu dilakukan bagi memantau sendiri operasi harian petugas ‘barisan hadapan’ PDRM.
Menurut Razarudin, tinjauan mengejut itu dilakukan bukanlah untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman.
Sebaliknya, kata beliau, ia lebih kepada memberi teguran serta memperbetulkan amalan tugasan supaya tidak tersasar daripada landasan pasukan.
Razarudin juga sempat memberikan nasihat kepada anggota yang bertugas di lapangan menerusi radio pasukan dalam video berdurasi tiga minit 42 saat itu.
“Kepada dua-dua URB (Unit Rondaan Bermotosikal) saya berpesan anda ini semua adalah frontliner yang akan berhadapan dengan masyarakat.
@pdrmsia_rasmi VIDEO PILIHAN: LAWATAN SUSULAN KPN KE IPD NILAI DAN LOKAP BALAI POLIS MANTIN NEGERI SEMBILAN Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pada semalam meneruskan lawatannya untuk meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan dengan melawat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Kontinjen Negeri Sembilan. Lawatan mengejut itu adalah susulan daripada tinjauan beliau ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Kajang pada 10 Februari lalu bagi memantau sendiri operasi harian "frontliners" Polis Diraja Malaysia. Menurut satu kenyataan dalam akaun Tiktok KPN, tujuan tinjauan mengejut itu dilakukan bukanlah untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, malah lebih kepada memberi teguran serta memperbetulkan amalan tugasan agar tidak tersasar daripada landasan Pasukan. "Sama-sama kita perbetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Insya-Allah", ujar beliau dalam kenyataan tersebut.
♬ original sound – PDRMsiaOfficial
Baca artikel lain: Pelanggaran tatatertib pegawai, anggota polis rosakkan reputasi PDRM – KPN
“Saya minta jaga kerja anda, jaga nyawa, jaga keselamatan kita dan jaga juga harta yang ada dengan anda itu harta kerajaan.
“Baik anda yang di lapangan, (maka) baiklah PDRM kerana OCPD (Ketua Polis Daerah) atau pegawai tidak (selalu) berhadapan dengan masyarakat, cuma sekali-sekala apabila masyarakat datang ke pejabat atau pun ada program.
“Encik-encik di bawah ini sebenarnya frontliner kita, (maka) kerjalah dengan ikhlas, insya-Allah,” katanya.
Beliau juga sempat membuat lawatan ke lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan bagi memantau operasi dan penugasan di situ.
Kelmarin, Razarudin melakukan lawatan mengejut ke Pusat Kawalan Daerah (DCC), IPD Kajang, Selangor.
Menerusi video dimuat naik di laman sosial PDRM, beliau hanya mengenakan pakaian kasual dan dilihat memeriksa log tugasan sambil memberikan nasihat serta teguran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

