Pelanggaran tatatertib pegawai, anggota polis rosakkan reputasi PDRM – KPN

Dari Penulis

Pelanggaran tatatertib melibatkan pegawai dan anggota polis yang berlaku baru-baru ini telah menconteng arang selain merosakkan reputasi serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata sebagai warga PDRM yang memegang amanah, tindakan tegas perlu diambil oleh segenap lapisan untuk mengelak insiden sedemikian daripada berulang.

“Sekali lagi saya mengulangi peringatan kepada diri saya dan para penyelia di semua peringkat untuk bertanggungjawab dalam mengawal selia pegawai serta anggota masing-masing daripada semua sudut. 

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana Pegawai Penyelia yang didapati gagal dalam penyeliaan seperti yang termaktub dalam Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Razarudin berkata demikian semasa perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara bagi bulan Februari 2024 anjuran Jabatan Pengurusan di Bukit Aman, hari ini.

Pada 2 Feb lepas, Razarudin dilapor berkata semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah diminta untuk memperkasakan Peraturan 3C bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sementara itu, sebanyak RM31.44 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2024 bagi pelaksanaan latihan untuk warga PDRM berbanding RM22.09 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata sebanyak 1,968 kursus, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan bengkel dirancang bagi tahun ini berbanding 1,871 kursus, LDP serta bengkel yang telah dilaksanakan tahun lepas. 

“Peningkatan ini jelas menunjukkan bahawa PDRM serius dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi sumber manusia,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This