Masalah pemakanan wanita warga emas dan ini cara atasinya

Dari Penulis

WANITA yang meningkat usia emas sering mengalami keadaan ketiadaan selera makan, penurunan deria rasa dan penghadaman yang terganggu. Ini boleh diatasi dengan mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Di sini disertakan cara dan langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi segala masalah pengambilan makanan yang dihadapi warga emas ini.

  1. KESUKARAN UNTUK MENGUNYAH DAN MENELAN
  • Makanan dipotong kecil-kecil dengan mencencang, melenyek, atau dipurikan jika perlu.
  • Masak makanan sehingga lembut.
  • Pilih makanan yang berair seperti bubur, sup dan kuah.
  • Elakkan mengambil makanan yang kasar, keras atau melekit.
  • Makan makanan yang kering bersama dengan sup, susu atau minuman lain.

2. DERIA RASA YANG BERKURANGAN

  • Perisakan makanan dengan herba, rempah, halia, daun bawang, bawang putih, lemon, limau dan asam.
  • Kurangkan pengambilan garam dan sos yang berlebihan.

3. MULUT KERING AKIBAT PENGHASILAN AIR LIUR YANG BERKURANGAN

  • Minum air atau makan sup untuk melembapkan mulut sebelum makan.
  • Ambil makanan yang berjeruk, acar, atau kerabu sebagai pembuka selera untuk merangsang penghasilan air liur.
  • Jangan rangsang penghasilan air liur dengan mengambil makanan yang bergaram seperti ikan masin, telur masin dan sayur masin.

4. PENGHADAMAN YANG TERGANGGU

  • Ambil makanan dengan hidangan kecil tetapi kerap sepanjang hari.
  • Kunyah dengan perlahan.
  • Kurangkan pengambilan kafein atau alcohol selepas makan.
  • Lakukan aktiviti fizikal yang ringan untuk membantu penghadaman.
  • Elakkan makanan yang pedas dan berempah.
  • Elakkan makanan yang bergoreng atau berlemak tinggi.

5. SELERA MAKAN YANG BERKURANGAN

  • Galakkan memakan makanan yang mereka gemari.
  • Jika boleh, makan bersama keluarga atau sahabat handai.
  • Ambil hidangan dalam kuantiti yang kecil dan kerap pada masa yang tetap sepanjang hari.
  • Buatkan jadual atau peringatan untuk makan mengikut waktu.
  • Pilih makanan yang berketumpatan nutrient yang tinggi seperti taufufah, biskut bijirin penuh atau sandwic sardin atau telur.
  • Jadikan setiap hidangan lebih berkhasiat dengan menambahkan daging cincang, ikan, tauhu, telur, kentang atau kekacang kepada bubur, mi atau sup.
  •  Sajikan makanan dalam bentuk yang menarik dan berselera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MyTreasure, hab utama meneroka, meraikan dan mengangkat khazanah Malaysia di mata dunia

SEMPENA Tahun Melawat Malaysia 2026, JYY Group menerusi program MyTreasure (Malaysia Treasure), menjadi hab utama menghimpunkan produk kesejahteraan semula...

More Articles Like This