Nahas Kapar: Mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAYAT kedua-dua mangsa nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di sekitar kawasan kebun kelapa sawit, Kampung Tok Muda, Kapar berjaya dibawa keluar daripada tempat kejadian.

Kedua-dua mayat itu dibawa keluar daripada bangkai pesawat yang terbenam lebih dua meter dalam tanah.

Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mayat serentak kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ia kemudian dibawa menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berasingan dan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat serta pengecaman.

Difahamkan beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa turut berada di tempat kejadian.

Terdahulu, identiti dua mangsa pesawat ringan model BK160 Gabriel yang disahkan maut dalam nahas itu telah dikenal pasti.

Baca artikel lain: Nahas Kapar: Identiti dua mangsa dikenal pasti

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, mengikut senarai manifest pesawat, mangsa yang terlibat adalah juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 tahun.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa adalah Roshaan Singh Naina yang berusia 42 tahun.

Mangsa yang masing-masing berasal dari Johor dan Pulau Pinang itu dipercayai sedang melakukan penerbangan rekreasi.

Nahas tersebut melibatkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC yang terhempas di sekitar kawasan kebun kelapa sawit, Kampung Tok Muda, Kapar.

Pesawat berkenaan dikendalikan Air Adventure Flying Club telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1.35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This