Penuntut IPT mengaku tidak bersalah sumbang mahram dengan adik kandung

Dari Penulis

SEORANG penuntut institut pengajian tinggi (IPT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya pada 2021.

Lelaki yang berumur 22 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan adik bongsunya yang berusia 12 tahun lapan bulan ketika kejadian, di sebuah rumah di Sikamat pada Januari dan Mac 2021, yang perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama yang terpakai kepada tertuduh untuk berkahwin dengan mangsa.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu turut dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang daripada dua sebatan.

Baca juga: Jasmine Loo pernah kerja dengan Jho Low, dapat gaji RM45,000 sebulan

Timbalan Pendakwa Raya Jiwan Kaur Malkith Singh memohon supaya tiada jaminan ditawarkan kepada penuntut berkenaan memandangkan hubungan mangsa dengan tertuduh merupakan adik-beradik selain tinggal di alamat yang sama.

Peguam mewakili lelaki terbabit, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris meminta jaminan paling rendah dikenakan memandangkan tertuduh yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu sedang mengikuti pengajian diploma dan akan memulakan latihan industri.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali serta tinggal di tempat berasingan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mac ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This