Sambutan luar biasa, 6,613 unit MyKiosk berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 6,613 unit atau 91.3 peratus daripada keseluruhan program MyKiosk yang telah dibina berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya sehingga bulan ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan, program MyKiosk 1.0 dan 2.0 disokong penuh dengan peruntukan berjumlah RM150 juta di bawah Belanjawan MADANI 2023 dan 2024.

Menurut beliau, program tersebut telah menyediakan sebanyak 7,243 unit kiosk yang seragam, selamat dan selesa pada kadar sewa yang amat rendah.

Kor Ming berkata, kadar pengisian yang tinggi itu membuktikan sambutan luar biasa serta keyakinan padu komuniti penjaja terhadap program berkenaan.

“Ia sekali gus membuka ruang dan peluang untuk ribuan usahawan kecil membina tapak ekonomi yang lebih stabil,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mngenai jumlah unit MyKiosk yang terbiar di seluruh negara dan langkah mitigasi kerajaan terhadap unit-unit tersebut bagi mengelakkan pembaziran wang rakyat susulan dapatan SPRM berkenaan isu tatakelola projek tersebut.

Mengulas lanjut, Kor Ming bagaimanapun berkata, pihaknya tidak sesekali menafikan wujud cabaran di peringkat akar umbi.

Katanya, hasil maklum balas pihak berkuasa tempatan (PBT), baki 630 unit atau 8.7 peratus kiosk belum diisi.

“Ia disebabkan oleh dua faktor utama iaitu keengganan sebilangan peniaga berpindah ke lokasi baharu dan isu ketersediaan infrastruktur asas di beberapa tapak penempatan,” jelasnya.

Beliau berkata, PBT sebagai pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengisian dan penyelenggaran sedang aktif melaksanakan proses pemutihan.

Bagi merungkai isu tersebut secara tuntas, Kor Ming memaklumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil empat langkah mitigasi strategik.

Jelas beliau, KPKT telah menubuhkan pasukan petugas dalaman bagi melaksanakan naziran bersepadu secara berkala unutk menilai ketepatan lokasi serta mempercepat proses pengisian MyKiosk.

“Selain itu, KPKT juga melaksanakan libat urus berterusan dengan mengadakan rundingan bersasar bersama PBT bagi merungkai masalah setempat secara tuntas.

“KPKT juga menyediakan sokongan dana tambahan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kiosk.

“Pada masa sama, KPKT melaksanakan sistem ‘lampu isyarat’ yang ketat dengan PBT yang mencatatkan prestasi rendah iaitu zon merah tidak akan dipertimbangkan untuk projek baharu demi memastikan akauntabiliti par excellence,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Kalau perlu tunggu lagi dua minggu, saya akur dan patuh’ – Syed Saddiq

"KALAU perlu menunggu lagi dua minggu, saya akur dan patuh." Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

More Articles Like This