Peralihan tenaga: Malaysia komited kerjasama dengan EU – Fadillah

Dari Penulis

MALAYSIA menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) khususnya dalam pemindahan teknologi untuk peralihan tenaga dan keselamatan air di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada ketika Malaysia berada pada landasan yang tepat bagi mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kementeriannya, berminat untuk bekerjasama dengan EU dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), yang boleh mempercepatkan lagi inisiatif negara.

“Ini merupakan satu lagi bidang yang perlu kita fokuskan, kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meminta saya untuk melihat bagaimana kita boleh bekerjasama secara global, terutamanya teknologi dan sistem baharu serta bagaimana kita boleh mengurangkan pelepasan karbon di negara ini.

“Ini satu cabaran baharu, jadi saya percaya R&D merupakan satu lagi bidang yang perlu kita usahakan… berkenaan peralihan tenaga, inisiatif karbon dan sebagainya,” katanya dalam ucapannya semasa makan tengah hari bersama perwakilan EU di sini, hari ini.

Baca juga: Akaun Facebook ‘Haji Fadillah Yusuf’ palsu, nama TPM diguna sekali lagi

Sementara itu, Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas berkata EU akan bekerjasama dengan Sarawak dan kerajaan Persekutuan, dalam mencari penyelesaian mengenai ketersambungan dan pendigitalan bagi mempercepatkan peralihan tenga hijau di Malaysia.

“Kami akan datang semula untuk persidangan hidrogen pada Jun… Kami akan datang ke Sarawak untuk beberapa kali dan kami yakin bahawa ini merupakan satu permulaan kerjasama antara EU dan Sarawak serta Malaysia,” katanya.

Sarawak akan menjadi tuan rumah Persidangan & Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dari 11 hingga 13 Jun .

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This