Cara jadi ‘dewasa’ suku kaum ini, selepas khatan wajib telan kulit kemaluan sendiri

Dari Penulis

Sekarang musim cuti sekolah, maka meriah di sana sini kanak-kanak lelaki bersunat. Sunat atau berkhatan ini merupakan perkara wajib untuk orang Islam.

Namun, bagi kaum lelaki suku Mardudjara yang merupakan penduduk asli di Australia, mereka mempunyai cara tersendiri untuk meraikan kedewasaan. Caranya ialah dengan berkhatan, kemudian menelan lebihan kulit kemaluan itu tanpa dikunyah.

Sebahagian besar masyarakat dunia menganggap berkhatan merupakan satu proses biasa yang dilakukan untuk membersihkan organ seks daripada kotoran. Ia dilakukan dengan cara memotong lebihan kulit kemaluan yang menjadi tempat terkumpulnya sisa najis.

Tetapi bagi suku kaum Mardudjara, proses berkhatan mereka sedikit berbeza caranya. Berkhatan bagi suku kaum ini tidak berakhir dengan memotong kulit kemaluan sahaja, tetapi mereka juga perlu menelan lebihan kulit tersebut sebagai satu proses menempuhi alam kedewasaan.

Bagi kebanyakan orang, perkara ini sudah pasti menjadi suatu yang memualkan. Tetapi bagi masyarakat Mardudjara, ia adalah satu tradisi yang wajib dilalui oleh setiap remaja lelaki suku kaum tersebut. Malah, pelaksanaannya juga turut dilakukan dalam satu upacara yang penuh dengan adat istiadat.

Menurut ahli antropologi tempatan, Robert Tokinson, ritual ini akan dilakukan apabila mereka mencapai usia antara 15 hingga 16 tahun. Remaja-remaja lelaki yang akan disunat perlu diraikan terlebih dahulu dengan diarak ke sekeliling kampung. Kemudian, mereka akan dijamu dengan makanan yang enak sejurus sebelum proses khatan bermula.

Apabila proses berkhatan hendak dijalankan, remaja lelaki ini akan ditelentangkan berhampiran dengan unggun api yang telah disediakan. Selepas itu, ketua suku yang menjalankan upacara pemotongan itu akan duduk di atas bahagian dada dengan menghadap ke arah kemaluan orang yang hendak dikhatankan itu.

Kemudian, mantera akan dibaca dan kulit kemaluan dipotong dengan menggunakan pisau tajam yang sudah dijampi terlebih dahulu. Proses ini dilakukan secepat yang mungkin bagi mengelakkan pendarahan berlebihan di bahagian alat sulit.

Sejurus selepas sesi pemotongan kulit itu selesai, ketua suku akan memerintahkan si pemuda untuk membuka mulut dan menelan lebihan kulit kemaluannya sendiri tanpa dikunyah. Kulit itu tidak akan dibasuh, sebaliknya ia perlu ditelan dalam keadaan yang masih dipenuhi darah.

Bagi masyarakat ini, mereka percaya bahawa dengan menelan kulit kemaluan sendiri ia adalah salah satu cara untuk mendapatkan semangat dan keberanian bagi menempuhi alam kedewasaan yang penuh dengan cabaran.

Selain itu, mereka juga menganggap kulit kemaluan sebagai lambang kegagahan seorang lelaki. Justeru, ia tidak boleh dipermainkan atau dibuang begitu sahaja, sebaliknya perlu  ditelan oleh pemiliknya untuk menjadikan mereka seorang lelaki sejati.

Selepas semua upacara berkhatan itu selesai, pemuda-pemuda ini akan dianggap sebagai seorang lelaki dewasa. Mereka digalakkan untuk memilih pasangan hidup dan berkahwin, seterusnya membina keluarga mereka sendiri. Sekiranya tidak menemui pasangan yang sesuai, mereka tetap perlu berdikari dan hidup secara berasingan dengan keluarga.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This