Pelik betul tradisi kaum ini. Mereka gembira meraikan kematian, tetapi berduka dan menangis ketika bayi dilahirkan

Dari Penulis

Lazimnya, kita akan gembira apabila menyambut kelahiran bayi dan berduka atau menangis apabila berlakunya kematian di kalangan orang yang disayangi. Namun, situasi itu berbeza bagi suku kaum Thracia yang mendiami beberapa daerah di Bulgaria ataupun Amerika Tengah.

Apabila adanya kelahiran dalam sesebuah keluarga, bukan kegembiraan yang akan bergema sebaliknya suasana akan dipenuhi dengan tangisan kedukaan. Tidak kiralah yang lahir itu bayi lelaki ataupun perempuan, kelahiran itu akan disambut dengan tangisan kesedihan. Aneh, bukan?

Kelahiran akan disambut dengan ratapan dan tangisan kesedihan oleh suku Thracia.

Apakah sebenarnya yang menjadikan kaum ini mempunyai tradisi yang pelik terhadap sesuatu kelahiran baru? Bagi kaum Thracia, mereka mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap perkara ini.

Pada mereka, bayi yang baru lahir harus diratapi dengan tangisan dan kesedihan. Hanya satu penyebab sahaja kepada situasi ini iaitu mereka sebenarnya membayangkan kesusahan dan keseksaan hidup yang bakal ditempuhi oleh bayi itu di masa hadapan. Kesedihan dan suasana suram ini akan berlarutan sepanjang si ibu dan anaknya menjalani tempoh berpantang.

Apakah yang membuatkan mereka meratapi setiap kelahiran baru? Tradisi menangisi kelahiran ini disebabkan sejarah kaum mereka sendiri. Kaum Trachia merupakan kaum yang mendiami negara Bulgaria sejak berabad-abad lamanya.

Namun, akibat peperangan yang berlaku pada abad ke enam Sebelum Masihi (SM) menjadikan suku Trachia berpecah belah. Sejak daripada itu, mereka menjadi sebuah kaum yang terpinggir dan hidup dalam keadaan yang terseksa. Oleh sebab itu, apabila terdapatnya kelahiran baru, mereka takut si kecil terpaksa mengalami nasib dan kehidupan sukar seperti yang pernah dilalui nenek moyang mereka dahulu.

Namun, tangisan itu hanya untuk kelahiran. Ia berbeza pula jika berlaku kematian. Tahukah anda, jika ada kematian, mereka akan menyambut kehilangan itu dengan bergembira.

Jika sesuatu kematian melibatkan ahli keluarga atau penduduk kampung, satu upacara khusus akan dijalankan. Semua penduduk kampung terutamanya saudara mara yang hampir akan berkumpul di rumah keluarga si mati.

Kemudian, semua tetamu akan berlawak sesama sendiri sama ada perihal si mati ataupun apa sahaja perkara yang boleh menjadi bahan lawak. Kemudian mereka akan ketawa beramai-ramai. Semasa upacara kematian, suasana gembira wujud di kalangan suku ini.

Sekiranya setiap kelahiran akan ditangisi akibat mengenangkan kesusahan dan keperitan yang bakal mereka lalui, tetapi bagi kematian, si mati dianggap bertuah dan istimewa. Ini kerana mereka menganggap individu yang mati itu sedang menuju ke suatu ‘tempat bahagia’. Dengan kata lainnya, si mati tidak perlu lagi menghadapi kesusahan dalam kehidupan. Sebab itu mereka tidak perlu bersedih dengan kehilangannya.

Kadangkala pada zaman dahulu, bagi ‘menggembirakan’ si mati, haiwan kesayangan atau isteri si mati turut dibunuh kerana dipercayai dapat bergembira bersama-sama si mati di alam lain.

Kematian diraikan dengan kegembiraan oleh kaum ini.

___

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Bunian tak semua cantik’… Miman gambarkan makhluk misteri dalam karyanya

Lukisan bunian yang dihasilkan oleh pelukis muda berbakat, Miman, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.  Berbeza dengan gambaran...

More Articles Like This