SEORANG wanita bersama dua anak perempuan ditemui mati tergantung di dalam sebuah kediaman dekat Lenggeng, Nilai, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki Melayu pada pukul 9.25 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati seorang wanita berusia 34 tahun bersama dua anak perempuan berusia tiga dan enam tahun dijumpai mati tergantung pada kipas di dalam rumah.
“Turut ditemui nota tulisan si mati yang menyatakan mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Nilai telah membuat tangkapan ke atas suami mangsa pada pukul 1 pagi tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suspek dibenarkan reman selama empat hari sehingga Jumaat,” ujarnya.
Abdul Malik berkata, mayat tiga beranak itu telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi tujuan bedah siasat.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

