BEKAS Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar diumumkan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang baharu.
Pelantikan Ismail selaku Pengerusi EAIC itu adalah selama tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Februari hingga 31 Januari 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan itu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Januari lalu.
Menurut Perdana Menteri, pelantikan itu selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).
Pada masa sama, Anwar memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong ke-16 turut memperkenan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham sebagai Timbalan Pengerusi EAIC.
Selain itu, lima lagi anggota EAIC yang dilantik adalah Datuk Seri Dr Yusof Ismail; Datuk Seri Dr Razali Ab Malik; Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Datuk Ong Lam Kiat dan Datuk Siti Zainab Omar.
“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta EAIC 2009 (Akta 700), Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Januari 2024 memperkenankan pelantikan tujuh anggota EAIC untuk tempoh tiga tahun.
Baca artikel lain: Visi kerajaan terhadap ekonomi manusiawi mampan perlu usaha bersama – PM
“Semoga pelantikan ini akan memperkukuh pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang efektif dan berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail merupakan Ketua Setiausaha Negara ke-14 yang dilantik pada 29 Ogos 2018 menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau yang memiliki pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam bersara pada Disember 2019.
Sementara itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada barisan anggota EAIC terdahulu yang telah melengkapkan perkhidmatan pada 30 Jun 2023.
EAIC sebelum ini dipengerusikan oleh Tan Sri Sidek Hassan dan Tan Sri Datuk Zainun Ali bertindak sebagai Timbalan Pengerusi.
Turut menganggotai, Tan Sri Mahmood Adam, Tan Sri Aziah Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk John Louis O’hara dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

