‘Tiada kata gambarkan betapa bermakna beliau kepada saya’ – Raghad

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“TIADA kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermakna beliau (Tun Abdul Taib Mahmud) kepada saya.”

Itu luahan sedih Toh Puan Raghad Kurdi Taib susulan pemergian suaminya yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak dalam hantaran di Instagram, hari ini.

Raghad turut mendoakan semoga roh Allahyarham Abdul Taib dicucuri rahmat Allah SWT.

“Dengan rasa cukup sedih memaklumkan pemergian suami saya, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud awal pagi ini.

“Semoga rohmu diberkati dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.. Al-Fatihah,” kata Raghad dalam hantaran tersebut.

Raghad mendirikan rumah tangga dengan Abdul Taib pada usia 30 tahun pada Disember 2010.

Abdul Taib, 87, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.40 pagi tadi.

Jenazah Abdul Taib selamat diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang untuk dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.

Jenazah Allahyarham diterbangkan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 Hercules yang berlepas pada 1.58 tengah hari dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 4.30 petang.

Baca artikel lain: Jenazah Abdul Taib diterbangkan ke Kuching

Terdahulu, jenazah tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang pada 1.05 tengah hari sebelum diberi penghormatan terakhir.

Turut berkenan memberi penghormatan terakhir, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This