HAMPIR empat tahun berdepan dengan kemelut bersama balu Allahyarham Abam iaitu Siti Nohidayah Mohd Ali, akhirnya pelawak Ali Puteh dapat bertemu dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan,35, turut membawa anak-anaknya untuk bertemu dengan Hamzah.
Sewaktu bertentang mata dengan Hamzah, Ali dilihat gagal menahan air mata dan meminta izin daripada keluarga Hidayah untuk memeluk anak saudaranya itu.
“Hamzah mari sini, pak ngah (Ali) tak ada apa-aoa nak bagi tapi ni duit belanja buat Hamzah ya.
“Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia dan ini merupakan kali pertama.
“Hamzah jadi orang baik tau. Nanti jumpa saudara-mara lain di Gombak,” katanya.
Video tersebut dikongsikan Hidayah di Instagram miliknya ketika kunjungan Ali ke rumah mereka bagi membayar wang saman sebanyak RM75,000 kepada mereka.
Bagaimanapun, usaha Ali untuk membayar saman tersebut gagal kerana Hidayah meminta dia membuat bayaran tersebut kepada peguamnya.
Menjengah ke TikTok Ali, dia bersyukur apabila usahanya untuk mepertemukan hubungan sedarahnya dengan Hanzah tercapai.
“Syukur Ya Allah dengan ujian ini. Mak, Abang! Angah dah selesai semuanya.
“Berjumpa dah mereka sebagai saudara kandung. insya-Allah legasi Syed, Sharifah kita tak akan terputus,” tulisnya dalam hantaran video yang dimuat naik.
Sekadar info, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.
Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.
Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.
Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

