Pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah tetapi realitinya tidak kelihatan – Razali

Dari Penulis

PARTI Bersatu mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa negara mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah.

Ia memandangkan kata Ketua Penerangannya, Senator Datuk Razali Idris  walaupun fakta dinyatakan benar, tetapi secara realitinya ia tidak kelihatan, tambahan pula nilai ringgit dan eksport setiap negeri merosot.

Katanya, pada masa sama rakyat mengalami sendiri kesan kenaikan harga barang, masalah gaji dan bonus serta peluang pekerjaan ‘suam-suam kuku’ sehinggakan ada yang terpaksa ‘ikat perut’.

“Tidak adil jika hendak membandingkan jumlah pelaburan diluluskan 23 peratus lebih tinggi pada 2022 kerana negara ketika itu masih bergelut dengan fasa pemulihan ekonomi pasca Covid-19,” katanya kenyataan hari ini.

Razali berkata, rakyat mahukan maklumat mengenai berapa peratusan pelaburan yang kononnya diluluskan tertinggi dalam sejarah negara itu yang telah benar-benar direalisasikan.

“Malah, ada juga syarikat yang tidak mempunyai rekod baik dalam pelaburan, maka rakyat berhak tahu syarikat mana yang peroleh dalam pelaburan tertinggi ini,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, pada 26 Januari lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyebut bahawa eksport negara menurun 10 peratus kepada RM118.5 bilion hampir setiap negeri pada Disember 2023.

“Cuma nilai eksport meningkat di Kedah (RM850.4 juta), Terengganu (RM673.6 juta), Kuala Lumpur (RM539.8 juta) dan Pahang (RM58 juta).

Oleh itu kata beliau yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, ekonomi rakyat perlu diselesaikan secara bijaksana dan bukannya sekadar mengeluarkan kenyataan dengan angka memukau.

“Rakyat tidak bodoh dan mahu kerajaan sekrang ini menjadi Kerajaan Madani (dalam erti kata) yang sebenar.

“Nilai ringgit sekarang, adakah angka memukau? Sepatutnya Anwar yang jelaskan, tetapi dihalakannya kepada orang lain, mengelat. Di mana badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan dibangkitkan terhadap projek Battersea Power Station tidak berasas

DUA laporan forensik yang dikemukakan berhubung dakwaan penilaian harga tidak munasabah (overvaluation) dalam projek Battersea Power Station merumuskan bahawa...

More Articles Like This