PENGARAH Pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak atau mana-mana pihak lain selain Kerajaan Persekutuan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sarawak, semalam.
Mesyuarat dipengerusikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
“JTBPP diwujudkan khusus untuk mengatasi isu-isu pendidikan di Sarawak, selaras dengan saranan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Perjanjian Malaysia (MA63) Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Negeri Sarawak dan Sabah.
“Beberapa agenda penting telah dibincangkan dalam mesyuarat JTBPP kali pertama ini termasuk penambahbaikan sumber manusia, operasi pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

