Aslam tak mampu poligami, Marissa berubah sikap – Abby Abadi

Dari Penulis

PELAKON Abby Abadi menganggap lelaki bernama Aslam yang dikaitkan dengan anaknya iaitu Marissa Dania Hakim bukanlah individu yang mampu untuk hidup berpoligami.

Menurut Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan,47, mereka sekeluarga juga tidak mengetahui mereka menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan lain.

“Aslam bukan orang yang boleh berpoligami. Saya tak nampak sebab dia tak berkemampuan.

“Keluarga yang lain tak tahu menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki (Aslam) yang sekarang inilah,” katanya.

Abby berkata demikian ketika ditanya oleh usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai Aslam di Instagram.

Pada masa sama, Abby turut menjawab soalan Aliff yang bertanyakan sekiranya menantu lelakinya itu datang berjumpanya dengan niat baik.

Malah, Abby turut meluahkan mengenai perubahan sikap Marissa yang tidak lagi seperti dahulu.

“Marissa dari kecil dengan saya dan anak saya tak macam sekarang. Saya rasa ada sesuatu yang membuatkan dia berubah 360 darjah, macam bukan dia.

“Kami sehabis baik jaga dia tapi tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat. 

“Ini memang di luar jangkaan saya dan papanya (Norman Hakim),” ujarnya.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa mencetuskan kontroversi panas apabila dikatakan telah bernikah secara rahsia dengan lelaki berstatus suami orang dikenali sebagai Aslam, di Songkhla, Thailand.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam, iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu.

Pendedahan itu juga tidur disahkan oleh kakak Misya iaitu Nadiah Mazlan. 

Sekitar September tahun lalu, kecoh dalam media sosial apabila Misya membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran dalam media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suami.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan rujuk semula ketika dalam tempoh edah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This