KERAJAAN Melaka akan menganjurkan pertandingan ‘explorace’ sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik itu akan melibatkan pengamal media di seluruh negara bagi menyemarakkan lagi TMM2024.
“Banyak program yang kita (Kerajaan Melaka) rancangkan (sempena TMM2024), jadi kita akan buat pertandingan ‘explorace’ bersama pihak media yang akan dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Bernama,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah TMM2024 di Lobi Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.
Pada majlis berkenaan, kerajaan negeri menerima sumbangan 20 motosikal bernilai RM100,000 daripada Kumpulan Archway Malaysia yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulannya Mohd Ashraf Ahmad.
Baca juga: Lebih 100,000 pengunjung nikmati produk pelancongan percuma di Melaka
Ab Rauf bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut mengenai pertandingan ‘explorace’ berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri menerima tajaan lebih RM1 juta daripada pelbagai sektor korporat bagi program cabutan bertuah sempena TMM2024.
Beliau berkata setakat ini lapan kereta dan 23 motosikal serta pelbagai hadiah seperti barangan elektrik dan bot diterima kerajaan negeri.
Menurut Ab Rauf beliau yakin kerajaan Melaka mampu memperoleh tambahan empat kereta, menjadikan keseluruhan 12 kereta untuk program cabutan bertuah itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

