6 makanan terbaik kulit sihat

Dari Penulis

KULIT sihat yang licin, lembap, halus lagi berseri menjadi idaman setiap wanita. Anda juga boleh memiliki kulit wajah sihat dengan mengikuti panduan pemakanan yang betul. Mungkin sesetengah kulit bermasalah dikaitkan dengan aspek genetik tetapi ia masih boleh dirawat dan dikawal. Atau anda berasakan belum menemui produk penjagaan kulit yang serasi dengan jenis kulit anda.

Sebenarnya anda perlukan strategi pencegahan kulit bermasalah yang melibatkan pemupukan imbangan khasiat yang kompleks kulit anda dan mencetuskan seri dalaman.

Sekiranya anda ingin kulit nampak menarik, anda perlu amalkan pemakanan betul. Berikut adalah enam makanan yang menjanjikan kulit sihat, berseri lagi menawan.

SALMON – makanan terbaik lagi berkhasiat terutamanya sumber asid fatty omega-3 untuk kulit. Lemak penting ini yang mampu merangsang kekuatan otak anda, juga aspek penumpuan sel-sel epidermal bagi menyimpan pelembapan. Satu kajian pula menunjukkan asid fatty omega-3 ikan salmon berkesan untuk pemulihan kulit dengan pantas sambil melindungi daripada pendedahan pancaran lembayung ultra. Sumber lain ialah ikan sardin.

KAROT – Kandungan pigmen berwarna oren dipanggil beta-karotena dipercayai membantu meratakan warna kulit dan menambah seri wajah apabila dimakan. Kajian pula melaporkan bahawa karot juga membantu mengelak penuaan pramatang akibat pendedahan keterlaluan kepada sinar matahari. Sumber lain ialah kentang, cili merah, grapefruit merah.

AVOKADO – Satu kajian dalam The Jurnal of the American College of Nutrition mendapati orang yang menggunakan lebih banyak minyak zaitun mempunyai kurang kedut-kedut wajah berbanding mereka yang menggunakan butter.

Alasannya: Butter kaya dengan lemak tepu manakala minyak zaitun kaya dengan  monosaturates, lemak penting serupa yang terkandung lebih 50 peratus dalam buah avocado. Tambahan pula, buah ini kaya vitamin B bagi membantu kulit anda kelihatan licin dan berseri. Sumber lain ialah kacang almond, peanut butter.

KEKACANG – Ini termasuk kacang hitam, kacang hijau, kacang soya, dal dan kacang tanah. Kekacang tersebut membantu melicinkan kedut-kedut pada wajah anda. Kajian penyelidik Australia menunjukkan diet warga emas yang makan banyak kekacang, di samping sayuran dan lemak sihat – mengurangkan penampilan kedut-kedut wajah. Ia adalah kesan isoflavones, antioksidan penting, terdapat dalam kekacang. Sumber lain ialah alfalfa, tempe dan taufu.

ANGGUR – Selain membantu melindungi anda daripada serangan jantung dan strok, antioksidan dipanggil polyphenols dalam anggur turut membantu mengekalkan keanjalan kulit daripada kendur. Polyphenols dipercayai meningkatkan keanjalan kulit menerusi penguatan kolagen, protein utama pada lapisan jauh dalam kulit. Sumber lain ialah jus anggur, blueberries.

AIR – Sekalipun ia tidak seenak sirap tetapi ia adalah ‘senjata’ terbaik bagi melindungi kulit daripada nampak kusam, tidak bermaya. Kelebihan miuman ini bagai ‘mengunci’ kelembapan dalam kulit anda. Ia merangsang kadar metabolik dan menambah kelembapan kepada kulit kering. Anda hanya perlukan 16 auns atau lapan gelas air untuk merangsang peredaran darah pada lapisan luar kulit badan anda. Sumber lain ialah seleri, buah pic, tembikai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This