Kuil Matahari, seni bina unik yang binaannya mampu berubah warna mengikut cahaya

Dari Penulis

Kashmir merupakan wilayah kecil di barat laut benua India. Lembah yang terletak antara Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panjal ini tidak pernah lekang daripada ketegangan antara India dan Pakistan. Meskipun begitu, Kashmir tetap menjadi tumpuan pelancong saban tahun yang mengagumi keindahan lembah subur yang menjadi rebutan ini.

Jika menjelajah ke bahagian Jammu dan Kashmir yang berada di bawah kawalan India, salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong ialah tinggalan kuil matahari. Menurut legendanya, kuil itu dibina oleh seorang raja untuk menghormati dewa matahari bernama Bhaskar.

Raja tersebut bernama Lalitaditya. Baginda adalah berketurunan dinasti raja Kshatriya Surya (matahari). Kuil istimewa ini kemudiannya dijadikan tempat ibadat teragung dalam empayar dinasti Surya (matahari).

Kuil matahari di Jammu dan Kashmir.

Keunikan seni bina kuil ini telah menyebabkan ramai pemikir seni bina mengaguminya. Bentuk puing-puing yang ditinggalkan empayar kerajaan matahari menunjukkan ia mempunyai pengaruh seni zigurat tamadun Nazca yang terdapat di negara Peru. Meskipun begitu, ada teori mengatakan keunikan seni bina itu dipengaruhi oleh makhluk asing.

Menurut teori yang dikemukakan oleh Enrich Von Daniken, kemunculan kuil matahari sebagai penghormatan kepada tuhan matahari sebenarnya merujuk kepada aktiviti pendaratan UFO di bumi.

Tuhan matahari yang dinyatakan dalam pelbagai versi kuil-kuil ibadat dan zigurat di zaman silam banyak merujuk kepada satu makhluk yang datang daripada atas langit.

Makhluk itu datang dengan sejenis bola bulat seperti matahari. Mereka sangat berkuasa dan tidak boleh dikalahkan oleh semua pahlawan yang ada di zaman itu. Keagungan itu menyebabkan mereka disembah dan dijadikan tuhan oleh raja dan pembesar yang tidak mahu kehilangan kuasa.

Bagi pemerintah-pemerintah ini, jika mereka berkeras dan melawan tuhan daripada langit itu, tentu kerajaan dan masa depan mereka tidak selamat. Justeru bagi membentuk persetujuan umum agar rakyat terus taat kepada mereka, maka kuil-kuil tuhan matahari dibina.

Kuil matahari pada hari ini (kiri) dan gambaran kuil ini semasa zaman kegemilangannya dahulu (kanan).

Mengikut kepercayaan pengkaji UFO, kehadiran makhluk asing ke sesuatu tamadun sebenarnya membawa pemindahan teknologi termasuklah seni bina. Dipercayai, diplomasi makhluk asing dengan manusia telah berlaku sejak zaman ­Firaun Seti lagi. Malah berdasarkan kepada tulisan di dinding piramid menunjukkan, sejak zaman Seti, ilmu tilik bintang digunakan untuk menentukan tarikh kedatangan tuhan matahari ke bumi.

Seseorang penilik bintang juga mempunyai kebolehan menduga dan meramalkan bencana atau nasib seseorang pemerintah. Justeru, ahli penilik bintang diletakkan sebagai orang penting dalam struktur kuil matahari.

Bagaimanapun, menurut sejarah kuil ini, seni bina yang terdapat di kuil ini dipercayai sama dengan seni bina masyarakat Greek. Dikatakan, istana Shah Jahan dan juga Taj Mahal mempunyai reka bentuk dan seni ukir yang sama dengan kuil ini.

Menurut mitos penduduk setempat, teknologi pencahayaan batu permata yang terdapat di Taj Mahal ini sebenarnya berasal daripada teknologi kuil matahari. Meskipun begitu, kesahihan mengenai perkara itu tidak dapat dibuktikan ekoran sebahagian besar bangunan kuil di zaman silam telah runtuh dan menjadi puing.

Cuma sesuatu yang terus kekal misteri adalah adalah tentang kedudukan geometri bangunan ini yang mampu berubah warna mengikut terik cahaya matahari. Sehingga hari ini, belum ada lagi bangunan yang mampu kekalkan warna yang sebegitu dalam tempoh masa 300 tahun.

Kedudukan kuil ini membuat bangunannya dilihat seakan berubah warna mengikut cahaya matahari.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This