PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat berkata badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.
OIC dalam satu kenyataan berkata sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu (AA).
November lepas, OIC dan Liga Arab mengadakan sidang kemuncak bersama di Riyadh yang menerima pakai beberapa keputusan, termasuk menugaskan jawatankuasa untuk melawat ibu negara di seluruh dunia selain berusaha menghentikan perang Israel terhadap rakyat Palestin.
Baca artikel lain: KPKM anjur libat urus bersama pihak berkepentingan industri padi dan beras
Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran, pemindahan penduduk serta kebuluran di wilayah Palestin yang terkepung itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

