Malaysia kecam keras pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh menteri Zionis Israel

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya tindakan menteri rejim Zionis Israel yang menceroboh kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa dengan alasan menyambut hari pendudukan Israel di Baitulmaqdis Timur.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, tindakan provokatif itu merupakan penghinaan berat terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa serta mencerminkan pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan sensitiviti agama.

Jelas Wisma Putra, Malaysia menyifatkan insiden itu sebagai provokasi terancang dan sistematik oleh Israel di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, bertujuan untuk mengukuhkan pendudukan haram serta mengubah status quo Masjid Al-Aqsa.

“Tindakan sedemikian merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan, yang secara jelas menolak sebarang percubaan untuk mengubah status, perundangan, mahupun komposisi demografi Baitulmaqdis, termasuk Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

“Sebagai kuasa pendudukan, Israel memikul tanggungjawab sepenuhnya di bawah undang-undang antarabangsa untuk melindungi tapak-tapak keagamaan dan mengelakkan sebarang tindakan yang mencetuskan ketegangan,” jelas Wisma Putra.

Wisma Putra menambah, pencerobohan yang dilakukan secara berulang-ulang dan sengaja itu jelas menunjukkan peningkatan konflik yang berisiko mengakibatkan ketidakstabilan lebih luas dalam situasi serantau yang sedia rapuh.

Tegas Wisma Putra, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi memastikan Israel memikul tanggungjawab sepenuhnya serta menghentikan segala bentuk provokasi dengan serta-merta.

Menurut Wisma Putra, Malaysia menegaskan semula solidariti terhadap rakyat Palestin serta komitmen untuk melindungi warisan keagamaan, budaya, serta nasional mereka.

“Malaysia kekal dengan pendirian teguh menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berteraskan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” kata Wisma Putra.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This