Arif akan cinta wanita kepada perhiasan, kedai emas Miragold terus mengorak langkah dalam memastikan ‘nafsu’ wanita terhadap emas dapat dilunaskan dengan sempurna.
Pasangan suami isteri dan pengasas Miragold, Nor Dhamirah Daling dan Mohd Zulatika Ghani berhasrat menjadikan Miragold sebagai aksesori mewah yang wajib dimiliki setiap wanita.
“Memang ramai yang tanya mengapa memilih tagline begitu, namun jika dilihat sudah menjadi lumrah wanita sukakan emas. Wanita sukakan sesuatu yang berharga dan suka berhias. Aksesori memainkan peranan yang penting dan emas dapat mencetuskan nafsu mereka, bersesuaian dengan tagline tersebut.
“Malah rekaan butik juga berkonsepkan kemewahan dan sekaligus mencetuskan nafsu untuk memiliki koleksi Miragold,” ulasnya.

Memilih rekaan Dubai sebagai ‘trademark’, jelas pengasas, Nor Dhamirah Daling, rekaan eksklusif dan mewah yang ditonjolkan menjadi satu penanda aras dalam membawa jenama Miragold ke peringkat lebih tinggi.
“Kami banyak ketengahkan koleksi Dubai kerana rekaan premium dan lebih mewah, malah harganya juga lebih mahal daripada rekaan biasa. Pada awalnya kami sangkakan sambutannya kurang, namun sewaktu mula dilancarkan, ia menjadi fenomena, bukan sahaja di Malaysia namun hingga ke Singapura.
“Walaupun rekaannya lebih sarat dan eksklusif, kami yakin mampu komersialkan dengan lebih meluas,” katanya kepada Wanita.

Memulakan perniagaan sekitar 2018, jelas Mirah, mereka memilih membuat cawangan kedua di Kuala Lumpur sementelah majoriti pelanggannya berada di sekitar Lembah Klang.
“Kami bermula pada 2018 di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebelum beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019. Dan daripada situ kami mula mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan baru di Taman Melawati Kuala Lumpur pada tahun ini.
“Jika ikutkan perancangan, kami mahu memiliki satu cawangan di setiap negeri, namun buat masa ini kami hanya tumpukan dua cawangan terlebih dahulu kerana mengikut data pelanggan, majoriti yang membeli dari Selangor dan Kuala Lumpur. Mungkin selepas dua tahun baru kami akan buka cawangan lain,” tambahnya lagi.
MiraGold menawarkan rekaan daripada kategori evergreen, moden dan juga unik antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia. MiraGold turut menawarkan pembelian barangan perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.

