LG perkenal LG Rent-Up, lebih murah dan mudah nak upgrade peralatan rumah

Dari Penulis

Peneraju peralatan rumah, LG Electronics Malaysia (LG) melancarkan LG Rent-Up, sebuah perkhidmatan penyewaan peralatan rumah komprehensif pertama di negara ini.

Program penyewaan inovatif ini menawarkan fleksibiliti dan mampumilikan kepada rakyat Malaysia untuk memiliki dan meningkatkanĀ  kehidupan mereka denganĀ  peralatan rumah pintar terkini daripada LG.

Menurut Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi, kempen ini dapat membantu pengguna mengurangkan kos pendahuluan yang tinggi apabila menaik taraf kediaman mereka dengan tempoh sewaan fleksibel minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun, bergantung pada rangkaian produk yang dipilih.

ā€œKami sangat teruja untuk memperkenalkan program penyewaan LG Rent-Up kami yang komprehensif kepada rakyat Malaysia. Dengan LG Rent-Up, kami berhasrat untuk mendatangkan pengalaman penyewaan yang terbaik kepada pengguna tempatan supaya mereka dapat  menikmati produk dan perkhidmatan yang inovatif tanpa memerlukan bayaran pendahuluan yang berlebihan,ā€ katanya

Produk LG juga didatangkan dengan pakej perkhidmatan yang merangkumi pilihan servis layan diri dan lawatan berkala daripada juruteknik. Selain itu, penyepaduan yang lancar antara produk LG dengan aplikasi LG ThinQ membolehkan pengguna memantau status produk yang disewa dengan mudah untuk memastikan peralatan tersebut kekal efisien.

Malah jelasnya lagi, LG Rent-Up turut menawarkan waranti standard sepanjang tempoh penyewaan.

ā€œApa yang benar-benar membezakan perkhidmatan penyewaan kami daripada yang lain ialah komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang mudah dan lancar. Sebagai satu-satunya penyedia yang menawarkan rangkaian produk yang pelbagai di bawah program penyewaan kami, kami tidak sabar untuk menyaksikan rakyat Malaysia merangkul gaya hidup yang lebih pintar,ā€ tambahnya lagi.


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This