Harimau Malaya bertemu Nepal, aksi pemanas badan sebelum ke Oman

Dari Penulis

SKUAD Harimau Malaya akan bertemu Nepal Jumaat depan, aksi pemanas badan sebagai persiapan mengharungi perlawanan menentang Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, aksi ‘sparring’menentang Nepal itu akan berlangsung secara tertutup sebagai usaha menyiapkan skuad yang lebih mantap sebelum berlepas ke Oman.

“Kami akan mengharungi satu aksi persahabatan pada 15 Mac menentang Nepal. Ia perlawanan tertutup sebelum kita terbang ke Oman dan menjadi salah satu perancangan pasukan,” katanya, dalam sidang media sebelum sesi pertama kem latihan pusat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Pan Gon berharap skuad bimbingannya dapat mengutip sekurang-kurangnya satu mata ketika menentang Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, pada 21 Mac ini.

Mengakui berdepan tugas berat di Muscat, Pan Gon bagaimanapun berkata Malaysia perlu menyahut cabaran menentang pasukan di ranking ke-80 dunia itu.

“Kita perlu memperoleh satu mata, walaupun ia sukar bagi pasukan di ranking ke-132 (Malaysia) untuk bermain dengan pasukan di ranking ke-80 (Oman) di tempat lawan.

“Kita juga perlu menyesuaikan dengan perbezaan masa, dengan perlawanan dijadual pada 10 malam iaitu awal pagi (2 pagi) di sini, menjadikannya sangat sukar,” katanya.

Jurulatih dari Korea Selatan itu turut melahirkan kebimbangan untuk mengekalkan momentum menjelang pertemuan dengan Oman memandangkan musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) akan bermula Mei depan.

“Keadaan kita tidak ideal buat masa ini memandangkan liga telah berakhir pada Disember leps dan musim baharu akan bermula pada Mei. Pemain memerlukan masa perlawanan berkala setiap minggu.

“Selepas Piala Asia 2023, pemain tidak mendapat masa perlawanan dan beberapa kelab Liga-M bahkan belum memulakan pramusim mereka. Dari segi fizikal, kita ketinggalan dan bermain di tempat lawan semasa Ramadan, ia menambah lagi cabaran,” katanya.

Malaysia ketika ini memimpin saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan (4-3) dan Taiwan (1-0) dalam dua aksi sebelum ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This