Keputusan IVF gagal, Aprena Manrose reda & pasrah – “Kecewa, tiada zuriat pun tak apa tapi saya tak mengalah”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Aprena Manrose berkongsi rasa kecewa apabila usaha untuk menimang cahaya mata tidak berhasil selepas menjalani rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) pada 2022.

Bagaimanapun, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman dan suami, Mohd Afiq Hazman reda dan tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

“Semasa buat rawatan IVF, saya terima beberapa tawaran watak utama tapi saya memang terpaksa berkorban. Ketika itu, saya dalam proses nak memasukkan embrio.

“Saya memang ikut betul-betul nasihat doktor. Dua minggu saya duduk rumah sahaja. Saya dan suami memang teruja dan bila hari pemeriksaan, doktor kata tiada yang lekat.

“Kami pulang dalam keadaan kecewa. Kami tidur seharian dan tak bercakap antara satu sama lain. Mungkin terlalu kecewa pada hari itu. Keesokkannya, baru kami okay kembali,” 

Aprena berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui di majlis sidang media program Ramadan dan Hari Raya TV3 yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor, semalam.

Pada masa sama, Aprena yang juga anak kepada penyanyi Iwan Dangdut itu tidak pernah lelah dan patah semangat untuk mendapatkan zuriat.

“Saya kini lebih kepada reda dan pasrah. Tiada zuriat pun tak mengapa tapi saya tidak mengalah. Saya sudah sampai di satu fasa di mana saya terima segala keputusan.

“Mungkin Allah nak bagi kami zuriat di akhirat sana,” ujarnya.

Tambah Aprena, dia akui menangis kegembiraan sebaik mengetahui sepupunya iaitu pelakon Uqasha Senrose disahkan hamil.

Biarpun dari sudut hatinya ada sedikit rasa kecewa kerana sudah lama menantikan cahaya mata, namun dia tetap bersyukur kerana orang disekelilingnya tidak pernah bertanyakan tentang hal tersebut demi menjaga perasaanya.

“Selalunya orang tak bercakap soal zuriat dengan saya sebab mereka faham dan hormat keadaan saya. Saya bersyukur sangat.

“Cuma contoh terdekat, bila Uqasha umum bersalin. Ketika itu, saya yang tahu dahulu selepas balik bercuti di Bangkok. Saya terus menangis dan tumpang gembira.

“Sudah tentu saya ada terasa sedikit sebab saya dah lama menantikan zuriat. 

“Dia pun macam rasa serba salah. Dia tahu saya sudah tunggu lama. Kami menangis sama-sama,” ulasnya.

Justeru, selepas setahun berehat dari lakonan, Aprena kini lebih bersedia untuk menyambung smeula kerjaya seninya.

“Saya berehat hampir setahun sebab pada ketika itu, saya ikhtiar untuk pergi rawatan Islam, cuba rawatan Intrauterine insemination (IUI) dan IVF tapi tiada rezeki.

“Bila berehat sekejap orang ingat saya tidak berlakon lagi. Ditambah pula kini saya sudah bertudung.

“Bila duduk di rumah dan fikir fasal zuriat, buat saya jadi stress. Kini, saya nak kerja balik sebab lakonan memang minat saya,” ungkapnya.

Untuk rekod, Aprena dan Mohd Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This