Meganya! Syazia Atelier bawa Batik Malaysia ke fashion show Place Vendom, Kota Paris. Anak jati Terengganu memang power

Dari Penulis

Jenama fesyen tempatan, Syazia Atelier terus ‘mendunia’ apabila berjaya memperagakan motif Batik Malaysia di ‘fashion show’ pertama mereka di Place Vendom, Paris, baru-baru ini.

Menurut Datuk Suhaila Semaru selaku pemilik jenama Syazia Atelier, dia memilih lapan koleksi resort mengetengahkan motif batik Malaysia yang diberi sentuhan moden yang dirasakan amat sesuai untuk pasaran antarabangsa.

“Kenapa memilih batik? Saya anak jati Terengganu. Saya mahu tampilkan bakat tempatan yang mempunyai pelbagai idea kreatif. Pereka batik saya merupakan anak muda tempatan berbakat dan ini masa mereka bersinar.

“Dalam koleksi resort wear ini, kami menggunakan rona jingga dan merah jambu. Dua warna diramalkan sebagai warna kegemaran ramai pada tahun 2024 dan 2025. Selain itu, jenama ini juga baru sahaja memperkenalkan koleksi ‘ready to wear’ (RTW) untuk Hari Raya

“Kami berharap, jenama yang kami banggakan ini dapat bermula dengan baik di Malaysia dan seterusnya di luar negara, Insya-Allah,” katanya lagi.

Datuk Suhaila Semaru selaku pemilik jenama Syazia Atelier.

Dalam pada itu, dia turut berharap pertunjukkan fesyen yang baru sahaja berlangsung menjadi tanda aras baharu dalam mengembangkan perniagaan mereka.

“Kami baru sahaja ditubuhkan pada akhir 2023. Pada tahun 2024, jenama ini berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri untuk bersaing dengan jenama antarabangsa. Kami mulakan langkah dengan acara pertunjukkan fesyen di kota Paris.

“Paris adalah kota fesyen yang terkemuka di mata dunia. Jadi, kami memilih Paris untuk menjadi saksi pertunjukkan fesyen pertama kami,” kata Suhaila.

“Kami berharap usaha kecil ini mendapat maklum balas positif untuk mengangkat seni batik kita di persada dunia. Semoga langkah Ini boleh meletakkan jenama Syazia Atelier untuk menembusi pasaran global


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This