Caprice kini bergelar bapa, isteri selamat bersalin anak sulung – “Alhamdulillah Lil Cappy”

Dari Penulis

PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan bergelar bapa selepas isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan anak sulung mereka, hari ini.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya.

“17 Mac, Alhamdulillah Lil Cappy (panggilan anak) selamat dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Serentak dengan perkongsian itu juga, Caprice turut memuat naik video yang memperlihatkan dirinya sedang mendukung bayi tersebut.

Bagaimanapun, Caprice tidak berkongsi butiran lanjut mengenai anaknya itu. 

Menerusi pemerhatian URTV, pengikut Caprice membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan tumpang gembira atas kelahiran zuriat pertama itu.

 September tahun lalu, Caprice mendedahkan kepada umum isterinya sedang hamil lima bulan.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2021.

Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This