Anna Jobling keluar dari zon selesa, berlakon di Indonesia bina lebih ramai rakan artis

Dari Penulis

AKTRES meningkat naik, Anna Jobling menganggap tawaran untuk melebarkan sayap dalam bidang lakonan di Malaysia dan Indonesia adalah seimbang.

Malah, pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, juga selesa untuk berulang-alik bagi melunaskan tuntutan karier seninya.

Anna turut berkongsi rasa selesa bekerjasama  dengan artis dari negara jiran sehingga membolehkannya bertutur dalam bahasa Indonesia. 

Walaupun begitu, pelakon ini masih sedar terdapat kekurangan dalam kefasihan bertutur dan merancang untuk mengikuti kelas bahasa Indonesia bagi memperbaiki kemahirannya.

 “Saya ada ramai kawan di Indonesia. Jadi bila ke sana mereka akan berbual dengan menggunakan bahasa Indonesia.

“Saya juga banyak belajar daripada mereka walaupun ada sesetengah perkataan yang masih belum difahami.

“Saya bercadang ambil kelas sebagai usaha perbaiki pertuturan dalam bahasa Indonesia. Saya memang tengah cari orang yang mampu memberi tunjuk ajar,” katanya memetik laporan BH Online.

Dalam pada itu, Anna juga menegaskan bahawa pengalaman berlakon di Malaysia dan Indonesia adalah serupa. Hanya perbezaan dari segi pertuturan bahasa manakala layanan terhadap dirinya masih sama.

“Suasana dan budaya kerja di Indonesia juga tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Saya juga berkawan dengan pelakon di sana. 

“Mereka akan membantu kalau saya perlukan bantuan, sentiasa ada untuk saya.

“Sama sahaja rasanya bekerja di sana, cuma yang beza dari segi bahasa. Layanan memang sangat baik, tiada pilih kasih. Saya rasa macam di Malaysia juga kalau ke sana,” ujarnya.

Menurut pemenang Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23), menyatakan bahawa peluang untuk berlakon di negara jiran dapat memberikan pengalaman dan suasana yang berbeza, serta membolehkan pelakon ini keluar dari zon selesa.

“Ketika berlakon di sana, apa yang menarik adalah pengalaman baru yang diberikan oleh suasana yang berbeza. Saya juga dapat mengambil peluang untuk berjalan-jalan dan menenangkan fikiran.

“Selain itu, saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan baru dan keluar dari zon selesa berbanding dengan berlakon di Malaysia yang sudah menjadi kebiasaan,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This