Single Sah (Setia Akhir Hayat) nyanyian Sarah Suhairi & Alfie Zumi tembusi Carta Top 200 Spotify Indonesia, catat 1 bilion tontonan di TikTok

Dari Penulis

KOLABORASI Sarah Suhairi dan Alfie Zumi menerusi single Sah (Setia Akhir Hayat) yang dilancarkan pada 19 Januari lalu telah menembusi Carta Top 200 Spotify Indonesia.

Lagu tersebut turut berada di kedudukan ke-45 pada minggu 23 hingga 29 Februari. Lagu tersebut kemudian naik sembilan anak tangga kepada 36 pada minggu 1 hingga 7 Mac 

 Mereka telah menarik lebih daripada 8.9 juta peminat Spotify, dengan strim harian yang mencecah 300 ribu daripada Indonesia dan 100 ribu daripada Malaysia.

Kejayaan lagu ini juga terpancar di pelantar digital yang lain. Dengan lebih daripada 7.2 juta tontonan di YouTube, mereka menarik perhatian orang ramai di rantau ini. 

Selain itu, mereka juga memperoleh pencapaian yang membanggakan di pelantar TikTok, iaitu sebanyak 1 bilion tontonan, dan lebih daripada 2.2 juta video yang dihasilkan oleh pengguna.

Kejayaan ini menunjukkan kehebatan Sarah dan Alfie dalam memikat hati peminat muzik di Indonesia dan Malaysia.

 Mereka terus membuktikan kebolehan mereka untuk menghasilkan karya yang menyentuh jiwa dengan melodi yang memukau dan lirik mendalam. 

Lagu ini juga mempunyai melodi korus yang catchy dan lirik yang mudah difahami dan berkait dengan kehidupan anak remaja yang sedang bercinta.

Gandingan mereka itu merupakan lagu penghargaan buat semua pasangan yang telah mengharungi jatuh bangun dalam penghubungan mereka sehingga berjaya ke hari bahagia. 

Sesuai dengan peredaran muzik kini, lagu ini dicipta seiring dengan usia mereka berdua menerusi genre pop yang juga kekuatan Sarah dan Alfie yang sinonim dengan muzik rancak.

Istimewanya juga, dua penyanyi itu berkongsi minat yang sama di mana mereka memilih untuk menampilkan tarian dalam muzik video mereka.

Sah (Setia Akhir Hayat)  telah dilancarkan di semua platform strim muzik iaitu Spotify, Apple Music dan YouTube Music sejak 19 Januari lalu manakala video muzik boleh ditonton di saluran YouTube RUSA Music 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This