[VIDEO] Daiyan Trisha & Alfie Zumi bawa gabungan moden, tradisional dalam Jom Raya

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SETAHUN berlalu dan kini lebaran muncul kembali merupakan saat paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan daripada kita. Selain dapat berkumpul bersama keluarga, sudah tentu semarak lebaran lebih bererti apabila dapat meraikan bersama keluarga tercinta.

Bagi penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 31, kedatangan Ramadan dan Syawal kali ini sangat bermakna apabila dia melancarkan single berjudul Jom Raya pada 28 Februari lalu bersama Alfie Zumi.

Teruja dengan sambutan yang diberikan pendengar, Jom Raya sebenarnya sudah disiapkan setahun lalu namun tidak sempat melalui proses rakaman ketika itu.

“Ini merupakan lagu raya pertama saya dan sangat mengujakan. Sebenarnya lagu ini sudah pun separuh jalan disiapkan pada tahun lalu tetapi disebabkan kekangan masa, saya tangguh dahulu.

“Tahun ini saya hanya membuat beberapa penambahbaikan dan terus merakamkan Jom Raya. Rasanya ini antara projek paling mudah dan paling seronok untuk dihasilkan,” kata pelakon yang popular dengan drama Projek High Council.

Daiyan yang bertindak selaku komposer turut sama menulis lirik bersama Glowrush dan Efry Arwis. Menyifatkan kerjasama antara mereka begitu baik, masing-masing sudah faham kehendak dan sedikit sebanyak memudahkan lagu proses produksi.

Idea untuk menghasilkan Jom Raya tercetus melalui pemerhatiannya kepada segelintir pengguna media sosial yang suka kepada ‘pick up line’ dan sering menggunakannya dalam kehidupan seharian.

“Saya perhatikan ramai antara mereka suka beri ‘pick up line’ berkaitan dengan jodoh di media sosial setiap kali tibanya lebaran. Saya selalu sahaja nampak ayat-ayat tersebut digunakan dan ia sangat menarik perhatian.

“Disebabkan itulah saya mahu realisasikan Jom Raya ini dengan menggunakan patah perkataan yang menarik. Saya mahu hasilkan sebuah lagu raya yang mengandungi ‘pick up line’ dan disukai oleh semua pendengar,” jelasnya lagi.

Bercerita mengenai gandingan bersama Alfie Zumi pula, mereka sebenarnya ada membuat perancangan untuk berduet dalam naskhah lain pada masa akan datang.

Namun, Daiyan mahukan Alfie bersama-sama dalam Jom Raya memandangkan kena dengan konsep dan tema ‘pick up line’ yang menjadi tema utama lagu ini.

“Sebenarnya lagu ini ada dua versi termasuklah versi solo. Bagi saya kedua-dua versi mempunyai keistimewaan tersendiri dan pendengar boleh menikmati mana-mana versi yang mereka suka. Untuk Jom Raya versi solo, saya akan lancarkan pada 21 Mac ini di semua platform digital.

“Jom Raya merupakan gabungan antara ‘vibe’ moden dan tradisional. Kita cuba untuk penuhi selera semua pendengar dan saya harap mereka berpuas hati,” tambah Daiyan lagi.

Bagi mereka yang sudah menonton keseluruhan video muzik (MV) pasti akan merasai ‘vibe’ yang sedikit berbeza. Jika kebanyakan penyanyi lain memilih kemeriahan suasana kampung yang penuh warna warni, dia pula sebaliknya. 

Memilih rumah moden yang ada di tengah bandar sebagai lokasi utama, Daiyan mahu realistik dan menganggap inilah situasi yang sedang dilalui oleh kebanyakan daripada kita semua.

“Saya mahu mereka tonton dahulu MV ini dan nilaikan kemudian. Pasti ramai di antara kita boleh merasinya,” tambah Daiyan yang menggunakan khidmat Abu Hsvii sebagai pengarah MV tersebut.Kasih Leona dan Jazmy Juma turut membintangi dalam video muzik ini, menjadikan jalan cerita lebih menarik dengan elemen keakraban dan kemesraan sempena Syawal.

Jom Raya sudah dilancarkan secara rasmi pada 28 Februari lalu dan MV pula boleh ditonton melalui saluran YouTube Daiyan Trisha. Dengan pelancaran Jom Raya, Daiyan Trisha sekali lagi membuktikan keunikan seninya dalam mencipta karya yang dekat di hati peminat. Jangan lupa untuk strim lagu ini dan tonton video muzik Jom Raya – siapa tahu, liriknya mungkin kena dengan kisah raya anda tahun ini!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This