KONVOI Perpaduan Madani 2024 Ziarah Sahur diharapkan menjadi acara yang cukup signifikan melibatkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersama rakan-rakan strategiknya.
Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, program yang mendapat kerjasama UtusanTV dan komuniti motosikal berkuasa tinggi, FunRideRider itu perlu dijalankan lagi pada tahun-tahun mendatang.

Jelasnya, ia baik kerana menyantuni pihak-pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan bomba dan penyelamat serta anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS).
“Selain itu, kita juga ziarah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan juga mereka bertugas sebagai SRS yang meronda tiap-tiap malam di kawasan rukun tetangga.
“Kita datang dan bagi sedikit makanan untuk bersahur, lebih kurang 500 pek kita agihkan,” katanya selepas ditemui UtusanTV ketika menyertai Konvoi Perpaduan Madani 2024 Ziarah Sahur, malam tadi.
Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.

Baca artikel lain: MPOGCF hulur sumbangan kepada kakitangan Perhilitan cedera diserang gajah liar
Konvoi berkenaan bermula di kawasan rehat dan rawat (RNR) Bukit Dukung sekitar pukul 10.45 malam dan berakhir pada pukul 3.30 pagi di KRT Taman Pandan Mewah.
Selain dua lokasi berkenaan, konvoi turut melalui KRT Taman Dagang Fasa 2A/3, Balai Polis Pandan Indah, Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dan Hospital Ampang.

Di antara pengisian konvoi adalah penyerahan juadah sahur kepada pasukan SRS, PDRM dan penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf.
Selain itu, ketua pengarah bersama sebilangan ahli FunRideRider juga menyantuni beberapa orang petugas yang ada di wad kecemasan Hospital Ampang.
Untuk makluman, konvoi ini disertai oleh 63 orang peserta di mana 13 daripadanya merupakan kakitangan JPNIN manakala bakinya merupakan rakan komuniti motosikal berkuasa tinggi FunRideRider.







Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

