Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, negeri Johor sendiri menikmati peningkatan peruntukan pembangunan dan pengurusan kepada kira-kira RM14.6 bilion berbanding RM10.2 bilion sebelum ini.

“Bagi Kementerian Dalam Negeri, lebih RM429 juta diperuntukkan bagi tempoh 2023 hingga 2026 untuk memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan operasi badan penguatkuasaan.

“Menjaga kebajikan anggota bukan sekadar menyediakan kemudahan yang lebih baik.

“Ia adalah pelaburan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan amanah dengan lebih cekap, selamat dan berkesan demi menjamin keselamatan bangsa Johor,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Katanya lagi, apabila anggota penguat kuasa mempunyai tempat bertugas yang lebih kondusif, rakyat turut menikmati manfaatnya melalui penyampaian perkhidmatan lebih baik serta persekitaran lebih aman dan sejahtera.

“Insya-Allah, KDN akan terus memastikan setiap peruntukan yang diamanahkan dimanfaatkan sebaiknya agar kebajikan anggota sentiasa terpelihara, sekali gus memperkukuh keselamatan bangsa Johor dan kesejahteraan rakyat,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This