Aspek keselamatan kanak-kanak, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian

Dari Penulis

ASPEK keselamatan kanak-kanak dalam talian antara yang dibangkitkan pada perbincangan berkaitan isu internet antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ekosistem perlindungan kanak-kanak di media sosial sentiasa menjadi ‘awlawiyat’ (keutamaan) kepada kementerian.

“… untuk kami terus melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman buli siber, pengantunan dan gangguan seksual,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook.

Baca artikel lain: Tiada tilawah al-Quran: Pihak terlibat dalam mesej terancang dikenal pasti – Fahmi

Perbincangan itu turut dihadiri oleh ketua setiausaha kedua-dua kementerian terlibat.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kementerian Komunikasi sedia membantu Kementerian Pendidikan untuk memastikan penggunaan internet dengan selamat.

Turut dibincangkan pada pertemuan itu, menurut Fahmi ialah isu kesalinghubungan internet di sekolah.

“Kementerian Komunikasi bersedia membantu Kementerian Pendidikan untuk memastikan murid dan guru dapat memanfaatkan kesalinghubungan yang lebih baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This