“Aidilfitri dah tak sama macam dahulu” – Zizan Razak masih sedih, terkesan…

Dari Penulis

PELAKON dan pelawak terkenal, Zizan Razak menganggap sambutan Hari Raya tahun ini tidak bermakna dan semeriah dahulu selepas pemergian arwah neneknya, Zainoon Abdullah pada 2020.

Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 40, berkata, kesan kehilangan insan tersayang masih lagi terasa walaupun sudah empat tahun.

Malah, kata Zizan, ibunya iaitu Anai Ibrahim turut merasai perubahan besar lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri.

“Saya rasa perubahan selepas nenek saya meninggal tahun 2020, jadi saya rasa perubahan raya sangat-sangat berbeza.

“Saya balik Terengganu pun, balik rumah nenek. Bila masuk rumah dia, rasa lain.  Sejak itu, saya kurang beraya sangat. Saya banyak berehat sahaja.

“Ia beri kesan juga kepada saya, walaupun saya dan ibu tidak berbahasa, tapi kami faham dari sudut bahasa badan yang kita tak raya macam dulu dah,” katanya kepada URTV.

Malah, Zizan turut berkongsi sewaktu kecil, dia dilahirkan di bilik arwah neneknya dan membesar di rumah yang sama sekaligus membuktikan keakraban mereka berdua.

“Saya lahir di bilik arwah nenek di Dungun dan membesar bersamanya sehingga menjadi artis. 

“Tapi hubungan kami sedikit renggang selepas saya mula sibuk dengan kerjaya seni. Itu yang ada rasa terkilan,” ujarnya.

Pada masa sama, Zizan akui merindui air tangan neneknya, terutama hidangan sate yang menjadi juadah kegemarannya setiap kali kedatangan Syawal.

“Sate air tangannya sedap tapi saya masih tak jumpa rasa yang sama sehingga sekarang. 

“Itu yang buatkan saya rindu…kalaulah waktu boleh dipusing semula,” luahnya.

Sementara itu, Zizan turut menyatakan bahawa sepanjang cuti ini, dia akan lebih banyak berehat di rumahnya di Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, Zizan tetap berhasrat untuk pulang beraya di Terengganu setelah keadaan jalan raya mulai tenang dan tidak sesak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This