Jasmin Hamid sebak terkenang salam cium tangan mama & baba pagi Syawal -“2016 Allah jemput kedua pintu syurga kami…,”

Dari Penulis

AKTRES, Jasmin Hamid cemburu apabila nikmat kasih sayang bersama orang tuanya telah menemui sang Pencipta.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jasmin atau nama lengkapnya Jasmiah Abdul Hamid,52, menyatakan kali terakhir mereka sekeluarga beraya bersama adalah pada 2015 sebelum kedua ibu bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 2016.

Sejak itu, hidupnya menjadi sunyi selain mengambil masa yang lama untuk menerima takdir pemergian ibu bapanya itu.

“Rindu yang amat sakit, bila rindu pada yang telah tiada. Kami sangat rapat dengan pintu syurga kami. Apapun benda yang kami paling takut terjadi, tetap hadir dalam hidup kami.

“Tahun 2015 adalah tahun terakhir, kami anak beranak dapat beraya dengan Arwah Baba dan Arwah Mama.

“Tahun 2016, Allah jemput kedua-dua pintu syurga kami, arwah Mama pada Mei dan arwah Baba bulan Disember.

“Rasa gelap hidup kami tahun itu dan ambil masa beberapa tahun juga untuk saya reda dengan ketentuan Allah ini,” ujarnya.

Sungguhpun begitu, pemegang watak Mak Ngah Gayah dalam drama Cukup Derita Itu bangkit selepas sedar perlu menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung menggantikan ibu bapanya.

“Saya bangkit semula selepas saya tersedar bahawa adik-adik dan anak-anak perlukan saya untuk menggantikan tempat arwah Mama dan arwah Baba memandangkan saya kakak sulung, tangan saya jadi pengganti untuk mereka cium terutamanya di pagi raya.

“Adakalanya rasa cemburu bila tengok orang salam cium tangan dan peluk cium mak bapa sebab Allah dah tarik nikmat itu daripada saya,” ujarnya lagi.

Walaupun demikian, dia tetap bersyukur atas kesempatan menjaga kedua orang tuanya dengan baik hingga akhir hayat mereka.

“Apapun saya tetap bersyukur sangat-sangat sebab Allah bagi kami anak-beranak rezeki untuk menjaga arwah Baba dan arwah Mama dari mereka sihat hinggalah mereka sakit dan meninggal dunia. Bukan semua orang dapat rezeki itu,” katanya.

Sementara itu, pelakon itu juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menyayangi dan berbakti kepada ibu bapa kerana ia adalah peluang yang tidak ternilai sepanjang hayat.

“Pada yang masih ada Pintu Syurga tu, berbaktilah dan sayangilah mereka sepenuh hati kita selagi Allah berikan peluang keemasan ni.

“Jangan sia-siakan ia sebab peluang keemasan itu hanya ada sekali saja dalam seumur hidup kita.

“Nak hidup berkat dan selamat dunia akhirat, berbaktilah pada pintu syurga kita kerana itu janji Allah.

“Dosa anak-anak kepada ibu bapa, tak cium bau syurga dan neraka jahanam tempatnya. Di atas dunia lagi, Allah akan turunkan azab pada anak-anak yang derhaka kepada ibubapa.

“Walaupun gaji besar tapi tak akan pernah cukup dan tak rasa tenang sebab lupa berbakti pada mak bapak,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This