PENGUMUMAN projek baharu di kawasan bakal berlangsungnya pilihan raya kecil (PRK) tidak sepatutnya berlaku pada pentadbiran kerajaan hari ini.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menegaskan pengumuman projek kerajaan oleh pimpinan parti pemerintah sepatutnya dielakkan atas nama integriti yang berkaitan tatakelola dan elemen nilai murni.
Beliau berkata, pengumuman projek tertentu yang telah diluluskan lama sebelum PRK berlangsung sering berlaku di Malaysia dan amalan kerajaan terdahulu itu telah menyebabkan rakyat menolak parti berkenaan.
Malah, kata beliau, Perdana Menteri dan kebanyakan anggota Kabinet sekarang merupakan golongan yang sentiasa mengecam perbuatan itu dahulu.
Jais berkata, mereka juga mempunyai kesedaran yang tinggi tentang perbuatan yang tidak bermoral tersebut.
“Pada ketika Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sedang fokus untuk menaikkan martabat integriti negara, para menteri mestilah seiring melaksanakan etira yang murni ini walaupun ia tidak melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang yang sedia ada.
“Komitmen jelas PMX (Perdana Menteri) untuk menghentikan amalan ini sewajarnya diikuti semua pihak demi memastikan kelestarian pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Urimai minta pengundi India tak undi calon PH
Mengulas lanjut, Jais berkata, semua pihak juga perlu mengambil iktibar daripada keputusan mahkamah yang telah memutuskan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum (PRU-15) di Kuala Terengganu tidak sah dan perlu diadakan semula akibat sikap tidak bertanggungjawab pimpinan politik dalam kerajaan.
“Ia membazirkan harta dan masa rakyat. Mahkamah itu telah menyabitkan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15.
“Integriti, tatakelola dan etika bukanlah setakat diucapkan sahaja sebaiknya mesti disusuli dengan tindakan dan amalan sebagai bukti nyata,” katanya.
Semalam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina di kawasan itu.
Menteri berkenaan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut meliputi 14 projek bernilai RM4.82 juta yang akan dilaksanakan oleh MPHS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Tindakan itu mencetuskan kritikan ramai dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyifatkannya melanggar etika pilihan raya.
Bersih turut mendesak kerajaan menghentikan amalan tidak beretika ini yang bercanggah dengan prinsip persaingan politik atas padang yang rata dalam pilihan raya.
Gabungan itu mendakwa, Kor Ming turut menyeru penduduk untuk balik kampung dan meminta mengundi parti yang ‘baik, prihatin dan progresif’ walaupun tidak menyebut mana-mana parti politik dalam kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

