Polis siasat kes budak perempuan dicederakan anak jiran pengasuh

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan dan sudah memulakan siasatan berhubung satu kejadian tular seorang kanak-kanak perempuan dicederakan oleh oleh beberapa anak jiran dekat Kajang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, kejadian berlaku pada 9 April dan laporan mengenai kejadian dibuat oleh pengasuh kanak-kanak terbabit pada Khamis lalu.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 8 tahun mengalami kecederaan di kaki dipercayai dilakukan oleh kanak-kanak yang merupakan jiran kepada pengasuh tersebut.

“Suspek di dalam kes ini dipercayai melibatkan empat ke lima orang dengan usia 6 sehingga 8 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Malah, suspek yang terlibat juga akan diambil keterangan berhubung kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Tasnim Muhamed Nor di talian 014-620 9960.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This