Piala Asia B-23: Harimau Muda tersingkir awal, tewas 0-2 kepada Vietnam

Dari Penulis

SKUAD Bawah 23 tahun (B-23) terpaksa menamatkan perjuangan mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya apabila tewas 021 menentang Vietnam dalam perlawanan kumpuolan D Piala Asia B-23 2024 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Kemenangan kedua Vietnam ini mengesahkan kemaraan mereka ke pertingkat suku akhir mewakili kumpulan D apabila mereka mendapat enam mata penuh selepas menewaskan Kuwait 3-1 dalam perlawanan sebelum ini.

Gol pertama yang menghukum Malaysia berlaku apabila pemain negara melakukan kekasaran yang tidak perlu di hadapan kotak penalti dan seterusnya memberikan Vietnam sepakan percuma.

Sepakan percuma diambil oleh Khuat Van Khang itu terus membolosi gawang negara menewaskan penjaga gol Azim Al Amin dan memberikan gol pertama Vietnam pada minit ke-38.

Malaysia yang terus membuat tekanan ke barisan pertahanan lawan untuk mendapatkan gol penyamaan akhirnya dihukum sekali lagi akibat kesilapan tidak perlu apabila Ubaidullah Shamsul menjatuhkan pemain Vietnam dalam kotak penalti walaupun keadaan ketika itu tidak berbahaya.

Peluang itu mudah disempurnakan oleh pemain tengah, Vo Hoang Minh Khoa untuk mendapatkan gol kedua Vietnam dan seterusnya memastikan kemenangan milik negara tersebut.

Tambahan masa enam minit tidak mampu mengubah nasib pasukan apabila kehilangan tiga mata penting sekaligus menamatkan perjuangan dalam Piala Asia tersebut dan akan bertemu Kuwait untuk melengkapkan perlawanan kumpulan D.

Vietnam unggul di tangga teratas kumpulan dengan 6 mata sementara diikuti oleh Uzbekistan dengan 3 mata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This