Razarudin, Ayob Khan ucap takziah kepada keluarga Tun Mohammed Hanif

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohammed Hanif, 85, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga PDRM turut menyampaikan ucapan takziah.

“Semoga roh Allahyarham Tun Mohammed Hanif dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pemergian Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun itu disahkan anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar.

Mohammed Hanif dilapor menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.15 pagi tadi di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam, Selangor dan dijangka dibawa ke Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.

Baca artikel lain: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia

Lahir pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif merupakan Ketua Polis Negara termuda iaitu berusia 35 tahun ketika dilantik pada 1974.

Ketua Polis Negara keempat itu menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah dibunuh dalam serangan komunis.

Memulakan kerjaya sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada tahun 1959, Mohammed Hanif dilantik selaku Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.

Pada 1 Februari 1973 beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara.

Selepas bersara pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004-2005.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This