Nahas TLDM: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin – Khaled

Dari Penulis

LAPORAN interim nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak akan disediakan secepat mungkin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun tidak menetapkan sebarang had masa bagi proses penyediaan laporan berkenaan.

“Saya bagi pihak Kementerian Pertahanan secara peribadi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika menjalani raptai sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

“Kementerian bersetuju menubuhkan lembaga siasatan TLDM bgi kenal pasti punca kejadian, selain saya dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ke Lumut bagi melihat dan mendapatkan maklumat serta laporan di lokasi kejadian.

“Kita mungkin adakan pertemuan dengan keluarga mangsa yang tinggal di situ, selain beberapa keluarga mangsa yang menetap di Sabah akan dibawa ke Lumut menaiki kapal terbang TUDM,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Isham Jalil kemuka representasi untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman

Beliau pada masa sama berkata, Kementerian Pertahanan belum menerima makluman berhubung kemungkinan terdapat pegawai dan anggota lain yang tercedera akibat serpihan helikopter yang terhempas, pagi tadi.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled mengesahkan, satu helikopter dikenal pasti terhempas di dalam kolam renang berhampiran, manakala satu unit lagi di padang stadium pangkalan TLDM Lumut, Perak.

“Setakat ini, kita menerima makluman keseluruhan 10 kru kedua-dua helikopter yang bertembung ketika raptai sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 maut dengan jenazah mereka dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

“Kesemua mangsa berlainan pangkat, membabitkan ketua skuadron, pegawai dan lain-lain pangkat berusia 40 tahun ke bawah,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This