Isu pembekalan peluru berpandu NSM: Kerajaan guna saluran diplomatik

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN akan menggunakan saluran diplomatik bagi menyelesaikan isu pembekalan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) melibatkan syarikat Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) dari Norway.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian turut mengambil perhatian terhadap perubahan pendirian Kerajaan Norway berkaitan kelulusan eksport pertahanan yang memberi kesan kepada pelaksanaan kontrak tersebut.

Jelas beliau, Kementerian Pertahanan kekal komited memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara tidak terjejas serta mengekalkan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Norway.

“Untuk makluman, Kementerian Pertahanan sememangnya mempunyai kontrak perolehan dengan pihak KDA bagi pembekalan peluru berpandu NSM untuk melengkapkan keupayaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Sebarang tindakan susulan akan dibuat secara teliti dan berlandaskan kepentingan strategik negara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, sebuah portal pertahanan yang memetik sumber melaporkan, Norway melarang penghantaran peluru berpandu ke Malaysia.

Difahamkan, larangan itu sekaligus membatalkan kontrak pembekalan dan penghantaran yang dimeterai pada tahun 2018 dan kontrak pembekalan dua lagi pelancar NSM yang diumumkan pada LIMA 2025.

Tindakan itu dipercayai susulan undang-undang baharu Norway berkaitan urus niaga senjata yang melarang penghantaran senjata canggih kepada negara bukan NATO, kecuali sekutu rapat tertentu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This