JASAD mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang terlibat dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa lalu dikebumikan di Kampung Engkeroh Tebakang dekat Serian, Sarawak pada 9.00 pagi tadi.
Upacara pengebumian ibu kepada dua anak itu akan dijalankan mengikut istiadat rasmi TLDM di Tanah Perkuburan Kristian di Kampung Engkeroh Tebakang, Serian.
Terdahulu, pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Joanna dari Ipoh, Perak tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada 11.54 malam sebelum dibawa ke Kampung Engkaroh Tebakang dan tiba kira-kira pukul 2.08 pagi.
Baca artikel lain: Nahas helikopter TLDM: Jenazah Wan Rezaudeen Kamal selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah
Suasana pilu dan hiba menyelubungi kediaman keluarga mendiang di kampung itu dan seorang daripada saudara terdekat Richard Jiubat Bluka, 26, berkata ahli keluarga sudah berkumpul seawal 5 petang semalam untuk menunggu bagi memberikan penghormatan terakhir.
“Tidak sangka, pertemuan kali ini merupakan yang terakhir. Sebelum ini, dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan kami jika balik pada sambutan hari Gawai kelak…namun siapa sangka pertemuan jadi begini,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Christabella Liya, 26, menyifatkan mendiang seorang rakan yang baik dan mereka berkongsi banyak kenangan pahit dan manis ketika zaman persekolahan dan katanya walaupun jarang berjumpa namun, mereka tetap berhubung dan bertanyakan khabar antara satu sama lain.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

