Menawarkan solusi buat perokok tegar berhenti merokok dan pengguna produk alternatif rokok, Kardinal hadir dengan satu lagi produk terbaharu yang diberi nama Lumina.
Menurut Pengarah Operasi Kardinal Industries (M) Sdn. Bhd. Erwin Teow, Kardinal dapat membantu mengawal jumlah nikotin yang diambil setiap hari dan seterusnya pengguna dapat mencapai matlamat untuk berhenti merokok.
“Tiada jawapan yang tepat berapa lama masa yang diambil untuk seseorang dapat berhenti merokok kerana setiap individu punya ‘behaviour’ berbeza. Ada yang hisap sekotak sehari dan ada juga ‘social smoker’. Apa yang boleh saya katakan, tiga bulan mencukupi bagi seseorang berhenti merokok dan ia perlukan komitmen yang tinggi.
“Apa yang menarik apabila menggunakan vape ialah pengguna boleh kawal jumlah nikotin yang diambil, manakala rokok tidak boleh.
“Visi kami untuk membantu seberapa ramai perokok untuk berhenti merokok dan vape merupakan salah satu peringkat untuk sampai ke matlamat tersebut. Kami membantu turunkan penggunaan nikotin harian dan harap-harap mereka boleh gunakan sehingga kosong gram nikotin,” katanya.

Dalam pada itu, Erwin turut menyangkal dakwaan vape menjadi penyebab utama kepada penyakit kronik kepada pengguna. Jelasnya apa yang berlaku merupakan salah faham dan kurangnya kesedaran masyarakat akan isu yang diperbincangkan.
“Ia merupakan kenyataan yang tidak benar dan menimbulkan persepsi yang salah. Apa yang disebutkan ialah E-cigarette atau Vaping Use-Associated Lung Injury (EVALI) di mana ia dari pasaran gelap yang berkait dengan minyak ganja. Ia merupakan produk yang dieksperimen oleh pengguna menggunakan bahan campuran sendiri.
“Masyarakat perlu dididik mengenai isu ini dan industri perlu mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran kepada pengguna terutamanya generasi muda,” ulasnya.
Terdahulu, Kardinal menganjurkan IllumiRaya: A Kardinal Open House Pakar #KwitSmoking Kardinal dengan memperkenalkan Raya Discovery Pack Untuk Lumina Eksklusif kepada musim Raya.
“Kardinal mula beroperasi pada 2017 dan Lumina merupakan produk kesembilan yang dikeluarkan. Apa yang membezakan Lumina ialah kami menggunakan teknologi terbaharu iaitu seramik yang akan memberikan rasa konsisten dalam setiap sedutan.
“Kami berharap IllumiRaya meninggalkan kesan yang berkekalan pada orang ramai. Matlamat kami tetap membantu rakyat Malaysia berhenti merokok, tetapi brand experience Kardinal adalah lebih dari itu. Kardinal menyokong seni, muzik, teknologi baharu, dan banyak lagi-kami ingin menyinari komuniti kreatif lokal.
“Lebih penting lagi, Kardinal dapat memberi bantuan kepada perokok dewasa yang mungkin ingin berhenti atau mengurangkan pengambilan nikotin mereka.
“Kardinal kini sedang berkembang ke seluruh dunia dengan tumpuan kepada pasaran tempatan. Kami berusaha untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan masyarakat dalam industri tembakau,” tambahnya.

