Nama Emma & Chacha kena petik, Shikin Maembong persoalkan niat individu penyebar mesej – “Pelik sebab adik-adik saya selalu sibuk, ada ke masa nak bergosip?”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KAKAK kepada pelakon Emma dan Chacha Maembong mendedahkan isu hangat yang membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies turut mengheret keluarganya sehingga menjadi mangsa kecaman netizen.

Ujar Shikin atau Siti Nur Ashikin Ismail, 41, mula berasa pelik apabila ruangan komen di Instagram miliknya dipenuhi dengan kata-kata  nista.

“Terkejut sebenarnya selepas video yang dimuat naik memaparkan Bella Astillah, Chacha Maembong dan saya sedang menari mempromosikan festival jualan raya dihujani komen hinaan.

“Ada yang tinggalkan komen talam dua muka, ular dan macam-macam lagi. Saya pelik lah dan bertanya kepada ahli keluarga.

“Kemudian mereka suruh tengok Instagram Story Sarah Yasmine. Nama Emma dan Chacha dipetik dalam isu tersebut. 

“Saya dan keluarga ambil pendekatan mendiamkan diri. Biarkan mereka yang selesaikan isu berkenaan,” katanya kepada URTV.

Shikin berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka dan Pelancaran Kardinal Illumi Raya di Boathouse by The Lake, Ampang, baru-baru ini.

Shikin yang juga isteri kepada penyanyi rap Cat Farish itu turut mempersoalkan niat sebenar penyebar mesej itu terhadap dua orang adiknya.

Menyifatkan Chacha dan Emma bukanlah individu yang gemar menyibuk hal orang lain memandangkan mereka juga sibuk dengan urusan kerjaya seni.

“Chacha bukan seorang yang suka ambil tahu hal orang lain. Chacha kebanyakkan masa dengan kami saja selain sibuk di set penggambaran.

“Begitu jugalah dengan Emma pun sibuk dengan jadual kerja yang padat, tidur dalam kereta.  Masa dengan keluarga dan anak pun kurang apa lagi nak kerap berjumpa dengan kami adik-beradik.

“Sampai saya terfikir, ada ke masa mereka nak bergosip fasal orang lain?,” tanya Shikin lagi.

Ditanya apakah mereka sekeluarga akan mengambil tindakan undang-undang memandangkan isu tersebut mendapat perhatian ramai, Shikin bagaimanapun enggan memikirkan ke arah itu.

Biarpun Emma dan Chacha sudah membuat penjeleasan menerusi hantaran video sebelum ini, namun mereka berpendapat untuk tidak menyaman mana-mana pihak.

“Kami tak tahu siapa yang jadi punca sehingga wujudkan isu ‘petik memetik’ nama ini. 

“Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum nak saman sebab kami sendiri tahu apa yang menyebabkan isu ini terjadi dari awal.

“Bila dah libatkan undang-undang ini banyak hal yang nak kena kita teliti. Tak boleh main melulu saja melainkan jika betul,” ujarnya.

Pada 24 April lalu, Sarah mendedahkan pelbagai perbualan di antara Aliff dan NRF di Instastory miliknya.

Antara perkara yang mencuri perhatian ialah perbualan mengaitkan nama Emma dan Chacha yang didakwa memperlekeh Bella dilihat terlalu ‘try hard’ mahu netizen mempercayai dirinya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun semasa sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Manakala pada 22 April, Sarah mendedahkan dia adalah kekasih Aliff dan selepas itu bertindak menyebarkan pelbagai perkara tentang pelakon berkenaan melalui media sosial.

Mengulas lanjut mengenai majlis yang dihadiri eksklusif itu merangkumi selebriti terkenal, personaliti media sosial, media terpilih, pemain industri, dan peminat setia Kardinal, IllumiRaya menerangi Hari Raya dengan perayaan kreatif yang bukan sahaja menjadi mercu tanda pertama bagi Kardinal, tetapi juga janji akan lebih banyak lagi yang akan datang.

Majlis rumah terbuka itu dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Amy Search, Lunadira, Midnight Fusic, GARD WUZGUT, Kicau-Bilau, dan Jemput Dengar.

Eksklusif sempena musim raya, Kardinal telah melancarkan Raya Discovery Pack untuk Lumina di IllumiRaya. 

Dengan komponen AR yang menarik, pek ini sangat sesuai untuk merakam pengalaman anda dengan produk Kardinal di media sosial.

Pek terhad ini terdiri daripada satu peranti Lumina (Moss Green) dan 10 KSpods yang dipilih khas untuk musim Raya. 

Bagi mereka yang berminat untuk membeli pek tersebut, ia akan tersedia untuk ditempah dalam kuantiti terhad melalui www.kardinalstick.com.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This