SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai memukul penghantar p-hailing di Jalan 12 Taman Putra Ampang, 3.30 petang Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku apabila pengadu terserempak dengan seorang lelaki India yang hampir jatuh bersama tong gas.
Beliau berkata, pengadu telah membantu suspek sebelum suspek meminta pengadu mengambil tong gas dan diletakkan di atas motosikalnya.
“Pengadu yang merupakan Orang Kurang Upaya dengan masalah tulang belakang menyatakan tidak dapat menolong kerana masalah kesihatannya.
“Suspek kemudian bertindak agresif dan mengacukan pistol mainan ke arah pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu sempat merebut pistol mainan tersebut lalu membuangnya sebelum suspek mengambil helmet dan memukul pengadu di dahi dan merosakkan motosikal pengadu.
Mohd Azam berkata, suspek telah ditahan di Kampung Tasik Permai Ampang pada 4.20 petang semalam.
“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan ujian air kencing negatif.
“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang dan permohonan reman dibenarkan selama empat hari sehingga Khamis,” ujarnya.
Katanya, siasatan mendapati motif kejadian disebabkan mangsa tidak dapat menolong suspek mengangkat tong gas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427/ 324 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

